Halaman

Cari Blog Ini

Selasa, 27 Oktober 2020

#PembajaanIrigasi No 2

#PembajaanIrigasi
 Semalam saya sebut, dua sebatian nitrogen yang diserap tumbuhan.
 Ion nitrat diserap dengan banyak melalui akar. lon ammonium diserap
 melalui daun. Yang serap melalui daun, biasanya kita sembur pada daun.

Baja yang disembur pada daun, kita sebut baja foliar.  Kat sekolah pun kita ada belajar tentang Kitar Nitrogen ni. Kita ada belajar, gas nitrogen di udara apabila terkena kilat diikat menjadi sebatian nitrogen. 

Nitrogen juga diikat melalui aktiviti bakteria pengikat nitrogen. Bakteria uraikan protein daripada haiwan dan tumbuhan yanng telah mati menghasilkan ammonia. Tanah juga dapat ammonia daripada penguraian baja tak organik. 

Ammonia beracun bagi tumbuhan. Sebab itu kalau kita tabur baja tinja ayam yang tidak diproses, pokok mati.  Sebab ammonia akan diproses menjadi nitrit oleh bakteria, yang juga beracun kepada tumbuhan.
 
Begini, mula-mula ammonia ditukar kepada nitrit. Yang ini beracun kepada tumbuhan. Kemudian nitrit ditukar kepada nitrat. Ya betul, semua ni kerja bakteria.
 Semua ini akiviti  bakteria aerobik, maksudnya perlukan oksigen.
 
Yang pengikat nitrogen bagaimana pula? Tumbuhan tak serap nitrogen daripada udara. Bakteria ikat nitrogen menjadi sebatian yang boleh diserap oleh tumbuhan. Ada bakteria hidup didalam nodul kacang (legume) membantu mengikat nitrogen dan hasilnya diserap oleh tumbuhan.
 
Di kilang, sebatian dihasilkan melalui Proses Haber, yang kita belajar kat Sekolah menengah tu.
Ya, proses Habel menghasilkan baja kimia.

Tiada ulasan:

Catat Komen