Cari Blog Ini

Memuatkan ...

Selasa, 21 Mei 2013

Benih Untuk Dijual -- Tembikai Susu Apollo

Benih yang amat sukar diperolehi, Tembikai Susu Apollo kini boleh diperolehi melalui Tanamsendiri.com.

Benih menghasikan pokok yang memanjat.  Ia menghasilkan buah yang boleh dituai antara 75 hingga 80 hari selepas disemai.enghasilkan buah bujur seberat 2 kg.  Kulit berwarna kuning dengan sabut yang jarang.  is berwarna putih dengan tekstur yang halus.  Ia beraroma lembut manis dengan rasa yang manis.  Kandungan gula dalam jus antara 15% hingga 17%.

1 pek mengandungi 5 benih.  Harga 1 pek RM5.

Tembikai Susu Apollo.
Cara Memesan Benih

Soalan -- Benih Roselle Tidak Bercambah

Salam En Is,
Saya ada beli benih roselle dari tanamsendiri.com.  Apa bila disemai, satu pun tidak bercambah.

---------------
Walaikum salam,
Saya telah ujicambah benih yang ada.  Benih yang diuji diambil dari beberapa pek secara rawak.  Dari 10 benih yang diuji cambah, 8 telah mengeluarkan akar selepas 12 jam disemai.  Gambar menunjukkan dulang semaian selepas 2 hari disemai.  Sebagaian daripada sel semaian rosak kerana dulang terdedah kepada hujan.  Beberapa cambahan dilarikan air.  Bagaimanapun benih bercambah.

Mungkin kaedah atau medium (tanah) yang digunakan tidak serasi.  Saya akan ganti benih untuk saudara cuba lagi.

Ujicambah benh roselle.

Gambar Hari Ini -- Pokok Cili Pelangi

Pokok Cili Pelangi masih subur mengurniakan buah pelbagai warna.  Pokok ini tahan panas.

Pokok cili pelangi.