Di eropah, bit masih tumbuh meliar. Lobak bit adalah sayur zaman dahulu. Ia ditanam sebagai sayur dan untuk makanan ternakan. Daunnya kaya dengan Vitamin A dan Vitamin C, kalsium, fosforus, kalium dan zat besi. Lobak bit kaya dengan karbohitrat, fitokimia termasuk folat, betasianin, dan betain.
Baka yang tidak menghasilkan ubi dikenali sebagai swiss chard.
Tanah
Lobak bit serasi dengan tanah yang lembap. Paling elok tanah berpasir, longgar, hapir neutral. Lobak bit kurang serasi dengan tanah berasid. PH 6.5 hingga 8 elok. Ia mahukan tanah yang subur. Jika tanah kurang subur, pertumbuhan tan sekata.
Tempat
Pilih tempat yang dapat cahaya penuh terutamanya cahaya pagi. Di negara kita yang cerah, teduh sedikit tak mengapa, tapi nak cahaya pagi.
Pertumbuhan
Cepat, tuaian 50 hingga 80 hari. Ada yang tanya, tumbuh ke kat Malaysia? Di negara 4 musim mereka tak tanam musim dingin. Mereka tunggu panas dulu. Di negara kita memang dah panas. Bila bila masa boleh berkebun.
Kala
Semai setiap 3 hingga 4 minggu untuk dapat bekalan daun dan ubi yang berterusan.
Semai
Semai dalam bekas semaian dahulu. Gunakan medium semaian yang tidak mengandungi sekam bakar dan tidak diperkaya dengan baja. Peat moss, serbuk sabut, tanah belanda, tanah atas, sesuai digunakan. Jika terlalu berasid, tambah sedikit kapur.
Jarakkan semaian kira-kira 5 cm.
Mengalih
Alih 3 hingga 4 minggu selepas menyemai, bila ada 4 hingga 6 helai daun.
Jika tanah kurang subur, jarakkan 12 cm, sederhana 10 cm, dan jika tanah subur 8 cm.
Oleh kerana benih adalah gumpalan beberapa benih, mungkin banyak anak pokok akan tumbuh. Pilih yang paing elok dan paling kukuh.
Peringkat awal biar jarak 5 cm antara anak pokok. Kemudian teruskan denngan menjarang sehingga jarak yang serasi.
Merumput
Lobak bit kalah dengan rumpai. Cabut buang semua rumpai.
Air
Pengairan biar sekata. Jika tidak lobak bit jadi liat dan berkayu.
Sungkupan
Ini dapat membantu kekalkan kelembapan tanah.
Perosak
Pelombong daun mungkin menjadi masalah. Bena dan kekabuh kutu juga suka makan daun bit. Peringkat awal, tutup pokok dengan jaring atau botol mineral yang dikerat dua.
Menuai
Daun boleh dituai bila mencapai saiz yang diidamkan. Ubi, apabila mencecah 4 hingga 5 cm, iaitu lebih kurang 60 hari. Jika ingin yang lebih besar, tunggu lebih lama.
Cara memakan
Daunnya boleh dimasak seperi sawi. Ubinya dihidang bersama salad, dimasak (sup) atau dijeruk.
![]() |
Pokok lobak bit. |
Ada jual pelbagai jenih tomato ceri?
BalasPadamAda, whatsapp 0183601610 untuk pesanan.
Padamسرویس و تعمیر لپ تاپ در مرکز جامع تعمیرات تخصصی انواع لوازم خانگی
BalasPadamhttps://v.ht/q8vmJ