Biasanya orang beri
makan pellet. Ia diperbuat daripada habuk kayu yang dimampatkan.
Kalau kita tanam sayur, boleh berikan sisa tanaman. Kita tidak perlu
berbelanja untuk makanan arnab. Arnab kuat berak. Jadi ramai yang
risau bau yang akan mengganggu ketenteraman keluarga dan jiran.
Jika ada ruang, bela
di perkarangan rumah. Untuk pastikan tiada bau, letakkan alas
rumpai, daun, serta ranting tanaman. Bahan ini akan jadi makanan dan
ia juga akan menyerap bau. Bersihkan tinja arnab dan letakkan di
atas tanah dan tutup dengan tanah serta sisa kebun dan jadikan
timbunan kompos. Biasanya ia tidak mengeluarkan bau. Jika ada bau
bererti cara anda buat tidak kena. Gaulkan dan tambah timbunan
keratan rumpai serta ranting.
Timbunan kompos akan
mereput dengan cepat. Sisa kompos yang seperti serbuk kopi mempunyai
aroma tanah dan kaya dengan nutrien yang amat serasi dengan tanaman.
Saya katakan bela
arnab lebih serasi jika tinggal di taman perumahan. Ini kerana
selain daripada mengitar semula sisa kebun, arnab cepat membiak. Ia
boleh menjadi sumber protein untuk keluarga. Kulitnya boleh dibuat
dompet, tas tangan dan macam macam lagi.
Lagi pun arnab tidak
bising. Ia tidak mengganggu ketenteraman jiran. Cuma kelemahannya,
arnab tidak bertelur. Jika inginkan sumber protein, anda terpaksa
sembelih arnab. Jika jiran terasa terganggu kerana anda bela arnab
untuk protein, elakkan sembelih di depan mereka.
Arnab kadang kadang
agresif kerana ia haiwan yang menyendiri, ia mempunyai kawasan
sendiri. Jika anda bela di dalam sangkar yang berkongsi, ia mungkin
berebut ruang. Asingkan. Elok buat satu sangkar untuk satu ekor
arnab yang telah matang. Apabila tiba waktu mengawan, letakkan arnab
betina ke dalam sangkar arnab jantan. Oleh kerana arnab betina
berada di dalam kawasan arnab jantan, ia tidak akan melawan dan mudah
mengalah. Biarkan arnab jantan panjat tiga hingga 5 kali untuk
pastikan arnab betina akan hamil. Biasanya waktu panjat dalam 3
hingga 5 saat sahaja. Kemudian asingkan.
Jangan letak arnab
jantan ke dalam sangkar arnab betina. Ia akan melawan dan arnab
jantan akan gagal panjat arnab betina. Arnab juga mungkin akan
cedera kerana ia akan bergaduh.
Jika anda ingin bela
arnab sebagai haiwan peliharaan tetapi tidak mahu biakkan, elok bela
yang betina, dan bela seekor sahaja.
![]() |
Satukan pasangan ketika tiba waktu mengawan jika ingin biakkan. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan