Ahad, 8 Januari 2017

Angkuh, Campak Aja Benihnya Memang Menjadi

Beberapa tahun yang lalu, ada yang buat pernyataan, dia campak aja benih kangkung melambak aja tumbuh.  Bukan kerana bersyukur kangkung anugerah yang mudah ditanam dan enak dimakan, tetapi ingin meremehkan sayur ini.  Ada juga yang cuba menakutkan massa dengan menyebarkan fitnah kononnya kangkung ada parasit yang menakutkan.  Maka massa mula membenci kangkung.

Sebenarnya kangkung bukannya sayur yang hina.  Ia sayur untuk semua.  Pembesar melayu yang mengadap maharaja cina di akhir abad ke 15 juga memakan kangkung.  Ambe tak pasti dihidangkan oleh maharaja cina atau dibawa bekal.

Orang putih puji sayur ini melambung tinggi kerana ia enak dimakan sebagai salad, apa lagi digoreng bersama bawang putih.

Kangkung memang mudah ditanam, tapi tak semua yang semai kangkung menjadi.  Yang campak benih kangkung dan menjadi tu, kerana tanah serasi, cukup air, suhu serasi, insyaAlllah.  Biasanya saya semai terus di tanah.  Kali ini saya semai di dalam dulang semaian modular sebab nak hasilkan plug  untuk dijual di dalam cawan pakai buang.

Untuk semaian terkini, sebenarnya ini dulang ke dua.  Dulang pertama saya rendam dalam air pada suhu bilik.  Kemudian saya semai ke dalam dulang.  Hanya dua sel daripada 200 sel yang bercambah.  Dalam seratus sel, benih hancur dimakan kulat.  Saya tuang ke tanah, baharulah bercambah dalam anak pokok.

Ini adalah semaian ke dua.  Sebelum semai saya rendam dalam air suam kira-kira 40 darjah celsius.  Semaian yang selebihnya saya tidak rendam.  Sebagaimana yang rakan-rakan dapat perhatikan, benih yang disemai di dalam air suam dah bercambah dan keluar anak pokok.  Yang tidak direndam baharu sahaja bercambah.

InsyaAllah apabila kukuh, sebahagian daripada cambahan ini akan dimasukkan ke dalam cawan pakai buang, dan akan dijual.  Yang selebihnya akan dialih ke batas timbun.  InsyaAllah tiga minggu lahi saya akan menuai kangkung ini.  Tuaian secara kerat dan tumbuh lagi.

Alhamdulillah, murah rezeki.


Cambahan Kangkung

4 ulasan:

  1. Tuan Iskandar, kalau mahu menghasilkan benih kangkung sendiri berapa lama harus ditunggu utk pokok kangkung berbunga dan berbuah ?

    BalasPadam
  2. Sy tnm kangkung tk penahnya menjadi..huhu

    BalasPadam
  3. Saya tanam kangkung dr batang kangkung yg sy beli untuk masak. Lebihan tu cucuk di tanah. Alhamdulillah. Sgt seronok dpt mkn bbrp kali.

    BalasPadam