Moringa oleifera
atau pokok kacang kelor adalah pokok yang kaya dengan asid amino perlu, mineral, serta vitamin. Moringa kini dilabelkan sebagai
'superfood' kerana khasiatnya yang banyak.
Selain daripada
sebagai sayur, daun moringa dimakan sebagai ubat dan diminum sebagai
the atau minuman kesihatan. Moringa juga dimasak sebagai perisa
makanan. Letak sedikit aja, nasi, kari, sup, ada umph!
Jika nak bercerita
tentang khasiat moringa, 1001 malam pun tak habis.
Ya, betul tu, pokok
mungga, pokok kacang kelor. Setakat tahu, elok tapi masih tak
bermanfaat. Kita kena makan, baharu dapat manfaatnya.
Ya, kami ada stok
anak pokok. Keratan pun ada. (Whatsapp 0183601610 untuk maklumat
lanjut).
Saya akan senaraikan
10 manfaat aja. Itu pun kalau rajin baca.
SATU
Daun moringa pada
dengan khasiat.
Ia kaya dengan
vitamin, mineral, dan amino asid perlu. Oleh sebab itu moringa dapat
menyelesaikan masalah kurang zat.
DUA
Moringa menentang
radikel bebas.
Radikal bebas
membuatkan regangan pengoksidaan yang mampu memusnahkan sel. Moringa
menentang radikel bebas yang dengan itu menyelamatkan sel daripada
rosak atau bengkak. Sel dapat berfungsi seelok mungkin. Ini
membantu anda awet muda.
TIGA
Moringa menentang
inflamasi (bengkak) sel.
Sel bengkak adalah
punca utama penyakit kronik seperti diabetes, bengkak sel dalam salur
pernafasan, penyakit kardiovaskular (sakit jantung), arthritis (sakit
sendi) dan kegendutan (obese). Moringa menghalang sel membengkak.
Jadi ia dapat selamatkan anda daripada diabetes, bengkak sel dalam
salur pernafasan, penyakit kardiovaskular (sakit jantung), arthritis
(sakit sendi) dan kegendutan (obese).
EMPAT
Moringa membantu
mengurangkan tanda diabetes.
Daun moringa
membantu mengurangkan aras lipid (lemak) dan glukosa (gula) serta
mengawal selia rangsangan pengoksidaan di dalam pesakit diabetes.
Maksudnya, moringa mampu mengurang serta menstabilkan aras kolesterol
dan gula di dalam darah. Ini dapat menyelamatkan sel badan daripada
musnah. Orang yang ada diabetes dan gendut wajib makan moringa.
LIMA
Moringa melindungi
sistem kardiovaskular. Oleh kerana moringa dapat mengurangkan aras
kolesterol di dalam darah serta inflamasi sel, moringa menghalang
salur darah daripada tersumbat.
ENAM
Moringa baik untuk
otak.
Moringa mampu
meningkatkan daya kognitif serta fungsi otak yang lain. Ini kerana
moringa dapat meningkatkan aktiviti penghantaran isyarat di dalam
sistem saraf. Nutrien yang ada di dalam moringa juga dapat
menghindar kemurungan serta meningkatkan rasa bahagia.
TUJUH
Moringa melindungi
hati.
Ia kaya dengan
polifenol yang melindungi hati daripada rosak akibat toksin dan
oksidasi. Moringa juga mengurangkan risiko serangan fibrosis.
Hati bertugas
meleraikan bahan toksin di dalam darah, menghasilkan hempedu,
membakar fruktusa (gula), membakar lemak, serta memproses nutrien.
Semua tugas ini dapat disempurnakan dengan bantuan enzim. Moringa
mengekalkan aras enzim di dalam hati pada tahap yang optima.
LAPAN
Moringa mengandungi
ciri antibakteria dan antifungal (kulat).
Jika anda terkena
penyakit berjangkit pada kulit, jangkitan pada salur kencing,
jangkitan kuman di dalam sistem penghadaman, daun moringa dapat
membantu menyelesaikannya.
SEMBILAN
Moringa mampu
menyembuh luka.
Moringa mengandungi
bahan yang dapat mencepatkan proses darah membeku apabila luka. Ciri
ini dapat membantu menutup luka dengan segera dan dengan itu
mencepatkan proses pemulihan daripada luka.
SEPULUH
Moringa mengandungi
bahan yang diperlukan untuk mengukuhkan sistem pertahanan bahan. Ia
membantu badan melawan penyakit. Orang yang amal makan daun moringa
sihat.
Makanlah moringa.
Kami ada jual anak pokok.
Anak pokok baka
Yunnan umur 4 bulan, RM50.
Yang umur satu tahun lebih RM150.
Tambah Rm20 untuk pembungkusan dan kendalian poslaju.
Bayaran boleh dibuat
melalui mana-mana akaun berikut.
Iskandar ab Rashid
Affin 205470241951,
atau
BSN Giro
1010929000080825, atau
Bank Islam
12092020181754
atau
Zaitun Ismail
CIMB
7017583738
Abdul Rahman bin
Iskandar
Maybank
162441150114
atau bayar ke akaun
PayPal
Ketika membuat
bayaran gunakan maklumat berikut:
Recipient email:
[email protected]
Recipient Mobile:
0183601610
tgk pucuk muda nya... nampak mcm pokok cekur manis pulak
BalasPadamMoringa memang enak juga kalau nak masak sayur air (masak bening).
Padam