Ahad, 20 November 2016

Resepi Jeruk Lobak Putih

Jika ada tanam banyak lobak putih, elok juga dibuat jeruk.

 Jeruk Lobak Putih

 Bahan bahan

Lobak putih ~1 kg, dihiris nipis
Garam, 4sudu besar
Daun bawang, 5 helai
Bawang putih, 5 ulas
Halia, satu ketul dibuang kulit dan dihiris nipis
Cili, satu biji dilumatkan

 Cara
1. Basuh lobak putih.
2. Potong daun bawang dan lumatkan bawang putih.
3. Campurkan semua bahan dan gaulkan dengan garam.
4. Letak dalam balang dan padatkan. Tekan semuanya supaya padat. Gunakan piring yang diletak alu lesung.
5. Tutup balang dengan ketat dan biarkan selama 7 hari pada suhu bilik.

 Cara memakan
Hidangkan sebagai jeruk. Biasanya selepas seminggu dah sesuai dihidangkan. Boleh simpan hingga 2 tahun jika tidak dibuka. Kaut buang sekam putih (yis) yang terbentuk di atas permukaan jeruk yang terdedah pada udara di dalam balang jeruk.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan