Halaman

Cari Blog Ini

Isnin, 4 Julai 2016

Jaga Tanah

Macamana nak jaga tanah?

Bila tanah dah ok, pokok dihasilkan subur, kekalkan tanah tersebut.

1. Kekalkan kelembapan tanah.  Siram sekurang-kurangnya 5 cm air seminggu jika tak hujan.  Jika tanam dalam pasu atau bekas, siram setiap pagi, sekurang-kurangnya sekali sehari.

2. Jangan cangkul tanah kerana ia akan membunuh atau menaglih hidupan di dalam tanah.  Ia juga memecahkan strukitur tanah.  Menyangkul hanya di peringkat awal ketika menyediakan tanah. Selepas itu, jangan menyangkul lagi.


Tanah yang elok kaya dengan bahan organik.



3. Topup dengan menambah kompos atau baja organik setiap kali selepas menuai.  Jika tuai sekilo, topup sekilo baan organik.  Ini untuk kekalkan kesinambungan dalam sistem tanah.


Gambar Puteri (anak bongsu) dengan tuaian bayam yang subur.

Jadi, mudah aja nak jaga tanah.
1. siram, 2. Dah elok, jangan cangkul.  3. Topup karbon bila tuai.

Untuk bacaan lanjut, sila dapatkan eBook "Menanam Secara Organik Di Rumah".  Whatsapp 0183601610 untuk dapatkannya.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan