Halaman

Cari Blog Ini

Ahad, 13 September 2015

Tanam dalam kelambu?

Ada lagi ruang di seberang jalan. Kadang kadang terlintas juga nak buka patch khas untuk anak dan cucu berkebun. Biar mereka ada aktiviti yang positif yang kekal di dalam ingatan mereka.  Tanam sayur yang mereka gemar, misalnya salad, lobak merah, cauliflower, brokoli, kailan dan collard. Untuk pastikan daun sempurna dan mereka tak digigit nyamuk ketika gardening, tak janggal ker kalau saya pasang kelambu?

Ruang di seberang jalan yang masih boleh dimanfaatkan untuk berkebun.

Ruang yang ada cukup untuk 2 petak kecil.

Kelambu, yang collapsible, dalam RM70
Kayu bendera, 5 batang, dalam RM30
Bata untuk buat 2 batas, 16 keping cinderblock ([email protected] sekeping)
Pasir 2 guni (RM20)
Kompos, dari sisa dapur. Jika beli tanah (RM40)
Bahan simen untuk pancang tiang (RM20)
Salur, bucket dan fittings untuk sistem titis (RM40)
Tikar getah untuk tutup tanah (laluan anak-anak dan penghalang rumpai) (RM16 sebidang)


Kain tak ditenun (unwoven cloth) boleh digunakan sebagai kelambu.


Aduh, kos asas jadi tinggi juga. Pulangan,
1. Pengalaman berkebun yang akan diingati anak cucu sampai bila bila (priceless)
2. Sayur (RM10 sekali tuai selama 2 bulan berterusan untuk 2 cycle, RM2,400)
Masih untung banyak.
----------------------
Salad, satu Set Salad, RM30
Lobak merah, RM10 untuk 5 pek
Cauliflower, RM10 untuk 5 benih
Brokoli, RM10 untuk 5 benih.
Kailan, RM10 untuk 5 pek benih.
Collard, RM10 untuk 5 pek benih.

2 ulasan:

  1. salam tuan Is.
    hahaha mesti seronok anak anak ini sambil berkebun dapat main2 dengan kelambu..mesti kekal terpahat dalam ingatan mereka.Teruskan, tak jangal.
    Mesti akan jadi ikutan..yg.melihatnya.

    BalasPadam
  2. Waalaikum salam,
    InsyaAllah akan dibuat. Dua tiga hari ni mungkin tangguh dulu, jerebu di sini semakin teruk. Seperti kawasan sekeliling baru lepas dibom.

    BalasPadam