TanamSendiri.com adalah blog tentang berkebun di rumah. Selain daripada maklumat, anda juga boleh dapatkan benih serta perkakas berkebun di rumah. Hubungi kami melalui emel [email protected]
Selasa, 8 September 2015
Apa Itu Tanah Adunan Semaian?
Orang yang baharu berkebun di rumah kadangkala membuat kesilapan dengan menggunakan tanah kebun atau tanah bakar yang dibeli daripada nurseri untuk menyemai benih. Jika gunakan tanah kebun, menyemai terus di tanah kebiasaannya tiada masalah. Bagaimanapun, tanah yang sama kurang sesuai digunakan jika menyemai di dalam bekas kerana persekitaran di atas tanah (di kebun atau di laman rumah) berbeza jika dibandingkan dengan persekitaran di dalam bekas atau dulang semaian.
Apabila menyemai di dalam bekas atau di dalam dulang semaian, persekitaran adalah terhad kepada ruang bekas tersebut. Di dalam bekas yang kecil, apabila gunakan tanah kebun, air tidak dapat mengalir dengan elok. Tanah tersebut cepat basah (apabila disiram walaupun dengan air yang sedikit) dan cepat kering (tidak lama selepas disiram) dan perubahan dari basah kepada kering yang berulang kali dalam masa yang singkat menyebabkan tanah mudah menjadi keras dan berkeping.
Apabila tanah menjadi keras, ia menjadi mampat dan tidak lagi mengandungi ruang udara yang cukup dan menyebabkan akar sukar tumbuh di dalamnya. Ini kerana akar memerlukan udara (oksigen) dan ruang untuk tumbuh.
Tanah kebun mungkin mengandungi benih rumpai atau telur organisma perosak atau punca penyakit.
Jadi, tanah adunan semaian adalah berbeza dengan tanah kebun.
Proses mengadun tanah semaian adalah suatu aktiviti yang penting yang bakal menentukan kejayaan aktiviti berkebun di rumah.
Jika tidak mengadun sendiri tanah untuk semaian, panduan ini masih berguna, iaitu untuk membantu anda memilih tanah adunan semaian yang sesuai.
Sila Share
Dipetik daripada ebook "Menyediakan Tanah Semaian."
Harganya hanya RM20.
Whatsapp/sms 0175009364 untuk pesanan.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan