Pilih tempat yang mendapat cahaya penuh dengan tanah yang elok salirannya serta kaya dengan bahan organik. Semai cambahan dalam lubang sedalam 5 cm dan jarakkan antara cambahan kira-kira 60 cm. Walaupun collard tahan kering, ia elok disemai di tempat yang mudah disiram. Siram setiap hari untuk mendapat daun yang besar serta rangup.
Ketika tuai, petik daun yang sederhana saiznya dan tuai setiap minggu. Selepas tuai, tambah bahan organik untuk gantikan karbon yang dikeluarkan daripada tanah mellaui tuaian.
Oleh kerana collard adalah daripada keluarga kobis, ia mungkin akan diserang belalang dan ulat kobis. Jika berlaku serangan, pasang jaring halus untuk menghalang perosak daripada memakan daun collard.
Daun collard enak digoreng bersama ikan masin dan bawang putih, dibuat sup, dimasak sebagai sawi atau sebagai kailan.
---------------------------
Benih collard ada dijual.
Untuk kaedah menanam secara organik di rumah, dapatkan ebook "Menanam Secara Organik Di Rumah"
sms/whatsapp 0175009364 untuk buat pesanan.
![]() |
Collard |
wow! very impressive :)
BalasPadam