Halaman

Cari Blog Ini

Rabu, 26 Ogos 2015

Tak Makan Kangkung, kenapa?

Pokok kangkung mudah ditanam.

Berborak dengan pengunjung. Katanya, dah lama tak makan kangkung. Kangkung ada cacing parasit yang berbahaya dan boleh membawa maut.

Saya terkejut, cuba faham apa yang didengar. Kemudian saya tanya, Siput air tawar makan tak? Makan, katanya. Masak lemak, best.

Selamba, saya jawab, saya pun makan. Tapi saya juga makan kangkung. Sebenarnya kalau ada cacing tu, siput pun berisiko dimakan. Tapi, semuanya dimasak, jadi tak perlu risau sangat.
Memang kangkung ada risiko jangkitan parasit, tapi begitu juga dengan sayur yang lain. Lebih ramai orang terkena jangkitan kuman bila makan salad berbanding jangkitan cacing apabila orang makan kangkung. Risiko tersebut memang ada, jika parasit tersebut ada, dan kita makan sayur yang tidak dimasak. Tapi parasit tersebut ada kah pada kangkung yang dijual di pasar, atau yang anda tanam?
Biar saya jelaskan, waktu bila kangkung berbahaya dimakan. Sebenarnya parasit yang dimaksudkan adalah daripada jenis cacing parasit (fluke) yang tinggal di dalam air tawar. Dua daripada hosnya ialah siput paya, dan, manusia dan/atau babi. Anda boleh dijangkiti cacing tersebut jika air paya tersebut ada cacing tersebut, yang mana orang di situ yang di dalam ususnya ada cacing tersebut nyahtinja (itu bahasa lembut untuk berak) dalam paya yang ada kangkung. Jika ada babi yang dijangkiti nyahtinja ke dalam paya tersebut, kangkung di situ juga tidak selamat dimakan.
Itu pun kalau kangkung yang dituai dimakan mentah. Jika dibasuh bersih dan dimasak, tiada masalah sebab telur cacing (orang sains hayat panggil metacyst) akan mati.

Apakah risiko anda akan dijangkiti cacing parasit ini jika anda makan kangkung? Pada pendapat saya, nil. Peluang untuk mati disambar petir lebih tinggi jika berada di luar ketika ribut.
Mengapa saya nyatakan demikian. No satu, kangkung yang kita tanamsendiri, kita tanam di atas batas, bukannya di dalam paya tempat orang berak. Orang sekeliling tiada cacing tersebut di dalam ususnya. kalau ada pun, orang tak pergi berak atas batas tanaman kita. Kita juga tidak membela babi yang ada parasit di dalam ususnya.

Yang kedua, untuk cacing ini wujud, mesti ada siput kerana dalam satu fasa hidupnya mesti ada siput.
Jadi, anda tidak perlu risau kecuali jika anda tinggal di tempat terpencil yang berpaya dan ditanam kangkung, paya tersebut ada siput, dan orang di situ ada cacing tersebut dalam usus mereka dan mereka berak dalam paya tempat kangkung tersebut dituai.
Itu pun kalau makan kangkung mentah dan tidak dibasuh.
Jadi kenapa tak makan kangkung? Hilang satu rahmat makan.

Jika waswas, tanamsendiri.

2 ulasan:

  1. wow? baru tau.. tapi saya memang suka kangkung. feveret tu.. hihi..

    Rahsia Anak-anak saya kekal aktif

    BalasPadam
  2. penerangan yg jelas..lebih faham sekarang..
    memang takut nak makan kangkung lepas dengar & baca pelbagai cerita drpd orang..hihi

    BalasPadam