Soalan pengunjung,
Salam En. Iskandar.
Apakah petua untuk menyemai benih?
-------------------------------------
Petuanya begini,
Untuk percambahan benih perlukan oksigen (respirasi), air dan haba (inbibitation) dan tanah (medium) untuk berpegang.
Ia masih belum perlukan baja kerana nutrisi ada tersimpan di dalam benih, dan belum perlukan cahaya kerana belum berlaku fotosintesis.
Medium semaian mestilah mampu menyimpan air dan udara. Sebab itu tanah gambut, kompos, sabut kelapa serasi. Sebab tanah hitam tak serasi iaialah kandungan baja yang banyak di dalamnya membunuh cambahan sebab bila lembap, menjadi terlalu pekat dan juga menarik pertumbuhan kulat.
Air dan oksigen tak boleh putus, sebab itu benih ditanam supaya dapat cukup air daripada medium. Medium tak boleh menakung air sebab bila menakung air, tiada udara di dalamnya.
----------------------------
Untuk tips menyemai benih, browse halaman ini, atau tanamsendiri.com
Kami juga ada edarkan ebook yang bercerita secara detail tentang menyemai. Ebook "Menyediakan Tanah Semaian" dan ebook "Menanam Secara Organik di Rumah."
Tiada ulasan:
Catat Ulasan