Isnin, 27 Julai 2015

Sembang-sembang-- Bela Cacing Di Rumah

Singgah di Pet Store, pemilik kedai bertanya tentang bela cacing. Saya tanya sebab nak bela cacing. Cacing in demand katanya. Supply tak cukup. Cacing dijual sebagai umpan memancing, dan juga sebagai makanan burung dan makanan ikan.
Untuk pemilik Pet Store, memang serasi bela cacing. Boleh guna tinja sebagai makanan cacing.

Cacing gemar makan tinja arnab dan cepat membiak. Pet Store memang ada lambakan tinja arnab. Berbeza dengan sasaran kita yang berkebun dan bela cacing. Kita bela cacing untuk cepatkan proses kompos.  Cacing makan bahan organik, uraikan menjadi kompos.

Jika berkebun di rumah dan ada bela arnab, ini gabungan terbaik.
Lebihan sayur diberi makan arnab, arnab hasilkan tinja. Tinja arnab diberi makan cacing. Cacing membesar dan membiak, hasilkan vermikompos. Vermikompos dibuat baja. Sayur segar.
Tapi saya nak ingatkan, arnab cepat membiak. Jika tinggal di taman perumahan, teruk kena kerja sebab kalau gagal cuci, bau hancing. Tak boleh mc. Satu hari mc tinja arnab melimpah. Kesian jiran.

Daging arnab pula tak best. Hamis, hamis yang memualkan.
Saya pernah bela, beli 4 ekor aja. Di akhir tahun membiak jadi 100 ekor. Saya guna tinja buat makanan cacing dan sisanya dibuat baja. Memang baja vermikompos amat elok. Cacing pula in demand, tapi teruk kena kerja.

Kalau tinggal di kampung, mungkin ok.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan