Menanam sendiri secara organik memang seronok. Selepas menuai, aktiviti ini menggalakkan anda mencuba pelbagai resepi, atau mungkin juga mencipta resepi sendiri, kerana anda tidak akan mahu bazirkan atau buat lebih kurang terhadap hasil tuaian. Tuaian yang bermutu tinggi, saya pasti anda akan ingin hidangkan makanan yang paling enak dan anda akan mengendali makanan sebaik mungkin.
Apa lagi, dengan kaedah ini anda yakin bahawa tuaian tersebut bebas racun, dan ini adalah yang terbaik untuk anak-anak.
Ada yang berfikir, kalau beli sayur organik di pasaraya, juga akan dapat sayur bermutu yang bebas racun. Mungkin juga, tetapi anda perlu ingat, sayur organik bebas racun sintetik, tidak semestinya bebas racun organik. Ada petani yang masih gunakan racun, iaitu racun organik. Racun tetap berbahaya tidak kira racun sintetik, atau racun organik. Racun organik tetap racun. Bezanya, ia dihasilkan menggunakan tumbuhan atau benda hidup. Banyak tumbuhan yang beracun mengandungi racun organik.
Anda mungkin mengiakan penggunaan racun kerana anda fikir, serangga perosak hanya dapat dikawal menggunakan racun. Tanpa menggunakan racun, tanaman akan musnah. Tanggapan ini tidak benar. Anda boleh melawan atau mengelakkan serangan serangga perosak dan penyakit dengan mengamalkan kaedah penanaman yang betul. Maksud betul ialah kaedah yang mampu menghalang serangan serangga, misalnya menanam tanaman yang mampu menghalau serangga bersama tanaman utama, memasang jaring, atau menanam tanaman yang di luar musim serangan serangga perosak yang berkaitan dengannya. Penyakit boleh dielakkan dengan memastikan tanaman menerima aliran udara yang tidak tersekat, serta tidak basah atau tercemar dengan tanah selepas di siram, dan waktu siraman yang sesuai.
Apabila mendapat tuaian yang banyak, saya yakin anda ingin belajar kaedah mengawet makanan, supaya lebihan tuaian tidak membazir. Jadi, sepanjang pengalaman menanam sendiri di rumah secara organik, anda akan terus mendapat ilmu atau kemahiran yang baru. Semua ini amat berguna untuk survival di masa depan. Maksud saya, kemahiran ini mungkin dapat membantu anda menghasilkan produk baru untuk dijual atau sebagai makanan yang sihat untuk keluarga.
Menanam sendiri di rumah juga baik untuk alam sekitar. Anda akan ingin memahami perubahan cuasa, pola pembiakan serangga perosak yang ada kaitan dengan cuaca, suhu, taburan hujan dan lain-lain.
Anda juga akan kurangkan pembuangan sampah isi rumah kerana anda akan mula kitarsemula atau membuat kompos daripada sisa organik. Ini menjimatkan kos kedalian pelupusan sampah oleh pihak majlis perbandaran. Menanam sendiri di rumah secara organik melatih anda mengamalkan tabiat yang baik baik, untuk diri sendiri dan masyarakat serta alam sekitar.
Anda mungkin berkata, tak tahu macamana nak mulakan. Itu tidak menjadi masalah, selalulah berkunjung ke laman blog dan facebook tanamsendiri.com. Kami sentiasa kemaskini laman tersebut. Ada juga boleh dapatkan ebook yang berkaitan dengan harga yang murah.
Ruang yang ada boleh dimanfaatkan untuk mendapatkan tuaian yang lumayan. |
Ebook "Menanam Secara Organik Di Rumah" dijual dengan harga promosi RM50. Pembeli dipelawa untuk menyertai Group "Menanam Secara Organik Di Rumah". Selepas Hari Raya, harga Ebook kembali ke harga asal iaitu RM100 bersama penyertaan Group.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan