Halaman

Cari Blog Ini

Selasa, 9 Jun 2015

Cerita Panjang Tentang Cili

Cili yang ditanam di laman depan rumah.

Akhir akhir ini banyak soalan yang saya terima berkait dengan penanaman cili di rumah.  Antara soalan yang banyak saya terima  berkait dengan semaian semaian yang lambat bercambah, putik buah yang luruh, serta serangan lalat putih dan lalat buah.  Semua ini merupakan cabaran untuk mereka yang menanam cili di rumah.

Jika nak bercerita secara terperinci, panjang ceritanya.  Jika nak bercerita secara ringkas pun, masih tetap panjang juga.  Tak apalah, saya akan bercerita juga.  Pnjang pun panjanglah.  1001 malam pun masih ok, asalkan masih termampu bercerita.  Jika tak larat baca, bacalah juga.  Kalau tak larat baca sekaligus, baca sedikit sedikit.  Lama-lama akan khatam juga.
Oh ya, dan jangan lupa like dan share ya.  Ia dapat membantu kami dengan mendapat lebih ramai viewer.  Ramai viewer, banyak sale.  Banyak sale, kami happy, lagi banyak posting akan ditulis.  Semua orang akan mendapat manfaat.

Untuk kita di Malaysia, menanam cili di rumah adalah aktiviti berkebun yang popular.  Sejak kebangkitan jaringan sosial ni, aktiviti berkebun di rumah dah menjadi tren baru.  Ini jelas dengan kelahiran grup yang berkait dengan penanaman cili.  Ada yang tumbu pada penanaman konvensional.  Ada yang tumpu pada penanaman secara organik.  Ada pula secara fertigasi, ada akuaponik dan ada hidroponik. Kesimpulannya penanaman cili di rumah memang popular.

Untuk kami di tanamsendiri, semua ini adalah rahmat.  Kerana lebih ramai yang minat menanam cili, lebih banyak sale yang kami buat.  Dalam senarai jualan kami pun memang jelas.  Dah terang lagi bersuluh.  Set Cili Padi, harganya RM30 satu set – laris.  Set cili besar, juga RM30 satu set – juga laris.  Cili solok, cili pablano, cili padi, cili padi sejambak, semuanya laris.  Mungkin kerana benih kami sukar diperoleh, semuanya laris.

Alhamdulillah.

Ada yang menyangka cili adalah tanaman di tanah tinggi, tak boleh ditanam di kawasan rendah macam di rumah kami di Semenyih.  Ini jelas ketara bila kami bincangkan tentang cili yang bersaiz besar, misalnya benggala.  Bila saya tunjukkan cili benggala yang sarat dengan buah, ramai yang terkejut.  Ada yang turun dari Cameron Highland, terus ke Semenyih.  Nak tenngok cili benggala kat tanah rendah.

Alhamdulillah, tumbuh semuanya.  Lebat buah.  Sebenarnya kami semengnya bekalkan benih yang khas untuk kawasan di tanah rendah, kawasan yang panas seperti di Semenyih ini.  Jadi jika tinggal di kawasan tanah rendah yang membahang panasnya, dapatkan benih dari kami.  Jangan segan-segan.  Orang highlander pun jangan segan-segan.  Benih di kawasan tanah rendah juga boleh di semai di kawasan tanah tinggi.

Bab cili, sebenarnya tiada perkara yang ajaib.  Cili atau lada kata orang Ganu asalnya daripada kawasan tropika di benua Amerika.  Kawasan tersebut panas dan lembap, serasilah dengan iklim Malaysia.

Anda mungkin tertanya tanya, mengapa orang suka tanam cili?  Saya pun tertanya tanya juga.  Saya tidak tahu sebabnya, tapi saya boleh buat andaian.  Mungkin andaian saya tepat, mungkin juga tersasar.  Buah cili popular di negara kita.  Ada orang petik cili, buat ulam.  Ada orang buat ulam.  Ada cili disumbat ramuan lain dibuat solok dihidangkan bersama yong tau fu.  Cili menjadi ramuan utama di dalam lauk pauk.  Tak ada cili, makan nasi tak puas.

Mungkin juga kerana rupa pokok cili cantik.  Buahnya pelbagai warna, pokoknya merimbun.  Sesuai dijadikan hiasan.  Bentuknya juga pelbagai.  Mungkin juga orang yang menanam cili adalah oorangyang gemarkan cabaran kerana benanam cili ada cabarannya.  Bila mendapat tuaian yang lupayan, mereka merasa puas.

Ada pembeli benih menghubungi kami menyatakan rasa bersyukur sebab membeli benih cili benggala daripada kami.  Cantik katanya.  Buah ungu, besar.  Saya menjadi terpinga pinga kerana seingat saya tidak pernah menjual cili benggala ungu.  Rupa-rupanya cili benggala kuning.  Ketika buah muda berwarna hijau tua, bertukar menjadi ungu dan bila ranum bertukar menjadi kuning.

Seronok juga ya, tapi saya sendiri tak pernahdapat cili benggala berwarna ungu.  Kagum!

Cili benggala isinya harum manis berempah.  Manis, tak sama dengan cili besar yang lain, pedas.  Jika inginkan cili yang benar-benar pedas, tanamlah cili padi.  Ia juga sesuai ditanam sebagai pokok hiasan.

Jika diperhatikan, di dalam masakan melayu hampir semuanya ada cili sebagai ramuan, seolah-olah cili berasal daripada negara kita.  Sambal, solok, rojak, kari, asam pedas, laksa, semua ada cili sebagai ramuannya.  Ada yang dihiris, ada yang digiling, ada cili yang dikeringkan.  Pelbagai cara cili diproses.  Kadang-kadang terlintas juga, bagaimanakah hidangan orang melayu sebelum kehadiran cili sebab cili dibawa masuk ke eropah daripada amerika sekitar abad ke 15 oleh Christopher Columbus.  Atau mungkin Panglima Awang yang membawa balik kerana Panglima Awang atau nama omputehnya Hery the Black pernah keliling bumi dengan kapalnya sebanyak dua kali sebelum ditangkap oleh Albuquerque yang mejual beliau kepada Firdenand Magellan.  Panglima Awang yang memberitahu Magellan bahawa bumi ini bulat, jangan takut.  Bumi ini tiada penghujungnya.  Saya kata Panglima Awang ni orang Ganu, sebab nama dia Awang.  Aish.... Melalut pula.  Kembali kepada cerita cili.

Catatan bertulis mengatakan Christopher Columbus dan rakan pelautnya yang membawa masuk cili daripada Amerika ke Eropah dalam tahun 1492.  Ia dibawa masuk ke tanah melayu sekitar abad ke 17.

Cili adalah satu keluarga dengan tomato, terung, dan ubi kentang.  Ia pokok herba yang hidup lama (perennial) tetapi ditanam secara semusim atau setahun sahaja.  Kadangkala cili atau lada juga dipanggil kapsikum.  Nama ini berasal daripada perkataan Latin yang bermaksud “kotak”.  Bentuk cili seperti berkotak.  Ada pula yang kata, bukan... perkataan kapsikum berasal daripada perkataan Yunani yang Kapta yang bermaksud “Saya gigit.”  Ikut pandai mu lah awang wei.  Yang penting Cili orang Ganu panggil Lada.

Jangan pening-peningkan kepala kerana cili ada pelbagai.  Jika nak dikaji nama dan kategorinya, boleh dapat PhD.  Untuk memudahkan perbincangan kita, saya kategorikan cili kepada Cili Benggala, Cili besar dan cili padi.

CILI BENGGALA
Cili benggala tergolong di dalam kategori cili manis.  Isinya tidak pedas langsung.  Ramai orang bertanggapan bahawa cili benggala tidak boleh ditanam di kawasan tanah rendah yang cuacanya panas.  Kami telah buktikan bahawa taggapan ini salah.  Kami berjaya hasilkan pokok dengan buah cili yang besar serta lebat ketika menanamnya di Semenyih.  Hampir semua benih yang kami semai bercambah dan sebahagiannya menghasilkan buah yang lebat.  Saya perhatikan, benih cili benggala lebih cepat bercambah jika dibandingkan dengan cili besar dan cili padi.

Perlu diingatkan bahawa kadang-kadang cili ini cepat berbuah sehingga menghasilkan buah dengan tangkai yang lebih kasar daripada batang pokok.

Kami ada membekalkan benih cili benggala, yang dalam bloh tanamsendiri dinamakan cili kapsikum.  Baka yang ada ialah cili kapsikum merah, cili kapsikum kuning dan cili kapsikum merah delima.  Cili kapsikum merah delima mempunyai pokok yang lebih kukuh tetapi saiz buahnya lebih kecil berbanding dengan cili kapsikum merah dan cili kapsikum kuning.
Benih tersebut dijual dengan harga RM5 satu peket kecil berisi 10 benih.

Cili benggala enak dipanggang ketika barbeku, dihiris untuk ditabur di atas nasi lemak serta topping pizza.  Hirisan cili benggala juga enak digaulkan di dalam mangkuk saladserta dibuat jeruk manis.
Anda juga boleh gunakan cili benggala untuk dibuat solok, cuma rasanya tidak pedas berbanding dengan cili solok yang khas.

Cili benggala cepat dapat dituai, bergantung kepada baka serta kaedah penanaman.  Lazimnya ia dapat dituai dalam masa 50 hingga 75 hari.

CILI BESAR
Cili besar adalah daripada jenis yang pedas, mempunyai pelbagai bentuk dan warna.  Di negara kita, terkenal dengan nama cili kulai, cili yong peng, cili kerinting, cili solok, dan cili kampung.  Semuanya mempunyai rupa dan rasa yang tersendiri.  Tahap pedas atau kehangatannya juga berbeza mengikut baka dan persekitaran.

Pernah kami tanam cili kerinting, buahnya langsung tidak pedas.  Cili tersebut kami buat ulam.  Ketika makan nasi, cili tersebut kami cicah sos cili!  Apabila kami tanam sekali lagi benih daripada batch yang sama tetapi pada petak yang berlainan, buahnya amat pedas sehingga kami tidak lagi dapat makan sebagai ulam.

Ada yang mengaitkan kehangatan cili dengan warnanya.  Kata seorang pensyarah di universiti tempatan, lebih merah cili, lebih hangat.  Pada pendapat saya, ini kurang kerana cili kulai yang sedang ranum kehangatannya sederhana, cili hantu warnanya kuning tahap kehangatannya melampau.

Dari pemerhatian kami, cili yang ditanam di tempat yang mendapat cahaya yang banyak lebih hangat daripada cili yang ditanam ditempat yang teduh.  Kandungan baja juga mempengaruhi kehangatan cili.

Ada beberapa sebatian yang terdapat di dalam cili yang menyebabkan cili merasa pedas.  Bahan utama yang dikaitkan dengan rasa pedas ialah sejenis alkaloid berkristal yang dinamakan kapsikin.  Bahan ini paling banyak terdapat di dalam tetulang yang memegang biji cili.  Jadi, jika ingingkan cili yang pedang, ketika memotong buah, jangan buang tetulang yang terdapat di dalam buah cili.

Tahap kegangat cili disukat menggunakan skala Scoville.

Waktu tuaian cili besar ialah di antara 50 hingga 75 hari, bergantung kepada baka dan kaedah penanaman.

Antara cili besar yang ada dalam stok kami adalah seperti senarai berikut:

1. Cili kerinting (RM2/pek)
2. Cili besar merah (RM2/pek)
3. Cili merah kampong (RM2/pek)
4. Cili merah kulai (RM2/pek)
5. Cili merah kulai king (RM2/pek)
6. Cili solok kampong (RM2/pek)
7. Cili solok F1 (RM5/pek)
8. Cili pablano (RM5/pek)

CILI PADI
Cili padi adalah kumpulan cili yang bersaiz kecil.  Kebiasannya cili padi amat pedas.  Cili padi biasanya dinamakan cili padi (yang bersaiz kecil), cili centil (kecil dan gemuk), cili burung (kecil dan panjang).

Kebiasaannya cili padi dipenyet ke dalam budu, cencalok, tempoyak dan lain-lain sambal untuk menghangatkan makanan.  Pokok cili padi, sebagaimana cili benggala dan cili besar, sesuai dijadikan tanaman hiasan.  Antara cili yang laris yang ditanam sebagai cili hiasan termasuk cili pelangi, cili ungu dan cili padi berjambak.

Kebiasannya pokok cili padi tumbuh merimbun.  Cili padi hiasan tumbuh lebih rendah berbanding cili padi kampung.

Waktu tuaian cili padi ialah antara 50 hingga 75 hari.  

Baka cili padi yang ada di dalam simpanan kami termasuk yang berikut:
1. Cili burung hot heat (RM2/pek)
2. Cili padi kampung (RM2/pek)
3. Cili padi Centil (RM5/pek)
4. Cili padi merah pedas (RM2/pek)
5. Cili padi Thai (RM2/pek)
6. Cili padi ungu, 1 pek 5 benih (RM10/pek)
7. Cili padi hiasan, 1 pek 5 benih (RM10/pek)
8. Cili padi biasan berjambak/Cili padi sejambak (RM5/pek)

RANCANG DULU UNTUK DAPATKAN TUAIAN YANG MEMUASKAN
Cili bukan sekadar sayur buah.  Pokoknya yang merimbun dengan buah serta bunga yang padat boleh dijadikan hiasan.  Setiap baka juga unik dan perlukan lokasi yang serasi untuk tumbuh dengan galak.  Anda perlu pilih  pokok yang laing serasi dengan lokasi di laman rumah.

Sebagai contoh, pokok cili kapsikum tumbuh renek dengan buah yang besar.  Ia tahan panas, tetapi lebih gemarkan tempat yang teduh tetapi udara perlu mengalir dengan bebas.  Jika aliran udara terhalang, kulat mudah menyerang.  Pokok cili padi kampung pula mampu tumbuh tinggi hingga ke aras pinggang orang dewasa.  Ia serasi ditanam di bahagian belakang sebagai latar belakang dan mampu menjadi pelindung pokok sayur lain yang renek.  Pokok cili padi hiasan pula tumbuh renek dan rimbun serta tahan tumbuh di tempat yang redup.  Peringkat awal, ia perlukan cahaya yang penuh.  Jadi anda perlu rancang betul betul untuk dapatkan pokok yang subur serta berbuah lebat.

Anda juga perlu pilih pokok cili yang berguna untuk anda.  Misalnya, jika keluarga tidak makan pedas, janganlah ditanam baka pedas.  Ia akan jadi membazir.  Tentukan dulu jenis cili yang dimakan keluarga kemudian padankan dengan tabiat baka tersebut.

Jika inginkan cili besar untuk memasak dengan tahap hangat yang sederhana, elok tanam cili kulai.  Jika keluarga tidak makan pedas, mungkin lebih serasi ditanam cili kerinting.
Jika perlukan cili untuk aktiviti memanggang, atau buat topping piza, elok ditanam kapsikum (cili benggala).

Jika ingin buat solok, elok tanam cili yang lebar, misalnya cili solok, cili pablano, atau jika tidak mahu pedas, cili kapsikum.  Ingin cili untuk hangatkan sambal, budu dan cencalok, tanam cili padi.  Jika ingin lebih pedas, tanam cili centil.

Jika ingin keringkan untuk masalakan, tanam cili kerinting.

Ada yang gemar menyemai daripada benih.  Ada pula yang tidak sabar menunggu dan lebih rela membeli anak pokok di nurseri atau di pasaraya.

Kedua-dua kaedah ini ada kelebihannya.

Jika beli anak pokok, pilihan terhad kepada bnaka yang disemai oleh pihak nurseri sahaja.  Biasanya tidak banyak pilihan.  Bagaimanapun anda dah jimat masa kerana tidak perlu menyemai dan menjada anak pokok yang masih manja.  Perhati betul betul, jangan pilih anak pokok yang diserang penyakit kerana anda mungkin mengimpot penyakit ke dalam laman anda.

Ketika memilih anak pokok, anda pasti akan teringin pokok yang telah berbuah.  Kalau boleh, elakkan kerana apabila mengalih, tenaga perlu ditumpukan kepada pertumbuhan akar dan penyesuaian kepada lokasi yang baru.  Bunga serta buah akan mencuri tenaga tersebut yang akan menyebabkan pokok menjadi lesu dan mati.

Jika pilih pokok yang telah berbuah, kerat semua buah dan bunga terlebih dahulu sebelum mengalih.

Jika ada ruang, tanam pelbagai baka dan buat catatan.  Bila menanam semula nanti, pilih baka yang paling serasi dengan tempat dengan buah yang boleh dimakan keluarga.

Oh ya, jika anda seorang perokok, jangan merokok ketika menanam cili.  Basuh tangan dengan sabun dan tukar kepada pakaian yang bersih yang belum terkena asap rokok.  Ini kerana cili dan tembakau berkongsi penyakit.  Virus yang ada dalam tembakau mungkin akan berjangkit ke pokok cili anda.  Nikotin di dalam tembakau juga mampu membunuh benih cili.

Untuk perancangan waktu menuai, tambah 2 hingga 4 minggu untuk waktu menyemai dan mengalih, 20 hingga 40 hari lagi jika ingin tuai buah yang ranum sepenuhnya.

Benih yang tanamsendiri.com bekalkan, setiap pek cukup untuk hasilkan 3 hingga 5 pasu.  Jika menanam untuk makan sedikit sedikit, satu pek sudah memadai.  Jika ingin tanam banyak di depan rumah, kami syorkan 5 pek.  Pembelian memadai sekali sahaja kerana selepas itu anda boleh ambil benih daripada buah yang ranum tan semai untuk tanaman yang berikutnya.

Jika diperhatikan benih tersebut akan bercambah lebih cepat kerana benih tersebut masih segar.  Benih daripada pek dah lama tersimpan, ia ambil masa yang lebih lama untuk menjadi aktif semula.

Jadi, untuk mendapat tuaian yang memuaskan,
1. pilih baka yang serasi dengan tempat,
2. pilih baka yang buahnya dimakan, dan
3. berikan masa yang secukupnya untuk mendapat pokok yang lebat dan buah yang ranum.

Aduh, memang panjang posting kali ini.  Saya rehat sekejap.  Nanti bila dah ada waktu terluang, saya sambung lagi, kat sini....

7 ulasan:

  1. Sambung En.Is.Sy sudi baca.Sy peinat tanam cili..Sy suka tnm sb suka tgok buah dia mcm bentuk,rupa&warna.
    Pengalaman menanamnya mmg memcabar.Tp seronok :-)

    BalasPadam
  2. Salam En Is, nak tanya kalau tak keberatan. pokok cili saya tanam cili kapsikum, cili padi dan cili besar setiap 1 jenis ada 2 pokok saje letak dlm pasu. subur saja sehingga bila nak tumbuh putik bunga yg kecik2 tu daun2 pucuk atas semua jadi keriting dan ada yg bergulung ke atas. semua pokok jadi mcmtu dan 1 pokok sudah mati terkulai endingnya. bila periksa takde pulak perosak2 duduk bawah daun. baja letak npk 15 15 15 dan pernah letak npk buah masa start kluar putik bunga kecik2 tu. kurang apa agak2nya ye? hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Encik sy nk beli benih cili merah kulai king cmner cara

      Padam
    2. Cili merah Kulai King dah tiada stok. Yang ada cili kulai (1 pek, RM5), merah pedas (1 pek, RM5).
      Whatsapp 01836011610 atau emel untuk pesanan.

      Padam
  3. Salam tuan saya mahu beli biji benih cili padi dan cili bangla.
    Tiap satu jenis kasi saya 10 pek.
    Saya sedia dihubungi di 01116588165. Sekan wassalam

    BalasPadam