![]() |
Sistem Titis Untuk Petak Satu Meter Persegi |
Dalam posting beberapa hari yang lepas saya ada sebut tentang berkebun dalam petak 1 meter persegi ntuk dapatkan sehingga 9 jenis sayur dalam masa dua bulan. Ya, perkara tersebut bulanlah suatu yang mustahil. Ada yang bersungut, ruang 1 meter persegi ada, tapi masa tak ada untuk kekalkan ruang. Maklum sajalah, pokok perlukan air setiap hari. Tak sempat nak siram.
Sebenarnya aktiviti menyiram tak semestinya secara menyeluruh. Kita boleh buat sisten titis yang ringkas. Ilustrasi ini menunjukkan sistem titis yang ringkas menggunakan barang terbuang dan beberapa alat yang mampu dibeli.
Jika tanah berbatu, kita boleh buat batas. Buat sempadan guna batu blok, atau kayu untuk bina sempadan setinggi 6 inci (15 cm). Isi dengan tanah atas (topsoil) atau tanah lom. Isi hingga 4 inci (10 cm). Kemudian tambah kompos dan baja organik (pellet tinja ayam) sedalam 2 inci (5 cm). Tambah kapur pertanian, atau kulit telur dalam setengah baldi. Siram, gaul dan biarkan selama 2 minggu. Tutup dengan kertas suratkhabar atau pelepah kelapa untuk halang kucing buat jamban.
Untuk sistem drip, dapatkan salur getah saiz ¼ inci, sepanjang 4 meter, atau 4 salur sepanjang 1 meter. Dua penyesuai sesiku dan satu penyesuai silang atau T. Tiga urat gelang getah untuk ikat hujung salur yang dilipat sebagai stopper. Anda juga perlukan 9 penitis berinjap. Jika tiada, boleh tebuk aja salur getas supaya air menitis.
Pasang sebagaimana ditunjukkan di dalam ilustrasi. Jika ada kepala paip berdekatan, boleh sambung sistem ke paip tersebut. Jika tidak, dapatkan bekas air yang terpakai atau pasang paip ke baldi terpakai. Sabungkan penyesuai 3/4” ke 1/4” ke kepala paip. Isikan bekas air sehingga penuh.
Bekas air perlu diletakkan lebih tinggi daripada aras tanah dalam batas kerana kita akan titiskan air dengan memanfaatkan graviti. Untuk memudahkan lagi kerja menyiram, boleh pasang timer rainndrip diantara kepala paip dengan penyesuai. Ia menggunakan kuasa bateri dan anda boleh setkan kekerapan serta jangmasa injap dibuka. Jadi anda hanya perlu idi air ke dalam bekas atau jika sambung ke paip rumah, buka paip. Ruang akan dibasahkan mengikut seting yang kita buat. Saya sendiri setkan 4 kali sehari selama 10 minit. Alhamdulillah sayur yang ditanam subur.
Jika tidak guna timer, isi bekas sehingga penuh sebelah pagi dan buka paip di hari yang tidak hujan. Jika hari hujan, tutup paip. Saiz bekas 5 gelen (~20 liter).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan