![]() |
Ulat yang menyerang tanaman. |
Saya perhatikan, apabila orang baru menanam, sau daripada perkara yang begitu merunsingkan mereka mereka ialah tanaman yang rosak akibat serangan makhluk perosak. Ini boleh jadi ulat bulu (serangga), kulat (penyakit) atau rumpai (tumbuhan yang tumbuh sendiri dan tidak diingini).
Mereka terus melonjak-lonjak ingin membeli dan menyembur racun. Alasan yang diberi, pokok yang si anu dan si anu tanam jauh lebih hijau, lebih cepat besar, daunnya lebih sempurna, pokok lebih subur. Pokok orang lain sentiasa lebih cantik.
Bila saya sebut racun, sebenarnya ia terbahagi kepada tga jenis yang utama iaitu racun serangga (untuk mengawal serangga), racun kulat (untuk mengawal penyakit yang disebabkan oleh kulat), dan racun rumpai (untuk mengawal rumpai).
Perosak biasanya membuatkan kita yang menanam marah dan kecewa kerana ketika menyemai, kita meletakkan harapan yang tinggi. Kita mahukan pokok kita menjadi yang paling hijau, paling cepat membesar, dan paling sempurna – lebih elok daripada tanaman si anu dan si anu.
Janganlah risau sangat, sebenarnya sayur si anu dan si anu tidaklah lebih elok daripada yang kita tanam. Cuma kita pandang daripada jauh, sebab itu ia kelihatan lebih elok daripada yang kita tanam.
Serangga, walaupun merosakkan pokok, biasanya tidak membunuh pokok tersebut. Jika pokok subur, paling banyak ia makan hanya 20% daripada daun. Bila ia kenyang, ia akan beredar dan akan kembali dua atau tiga bulan lagi. Serangga tidak akan makan semua tanaman kita kerana ia ingin terus ada makanan untuk zuriatnya nanti. Jika tanaman kita mati, serangga tersebut juga akan mati kerana tiada lagi makanan.
Begitu juga dengan kuman yang membawa penyakit. Jika semua pokok mati, tiada lagi pokok untuk dijangkiti, kuman tersebut akan mati. Jadi, ia tidak akan membunuh pokok kita. Jadi, apa yang kita perlu buat ialah jaga pokok supaya subur. Jika pokok subur, serangga atau penyakit atau rumpai tidak akan mampu merosakkannya dengan teruk.
Lupakan tentang racun kerana jika nak meracun, tanaman kita tidak lagi istimewa. Lebih baik beli sayur di pasar aja. Untuk mengawal perosak, ada cara lain selain daripada meracun. Kita boleh ubah jenis tanaman yang ditanam. Jangan tanam pokok dari keluarga yang sama secara berturutan. Kita boleh tanam tanaman yang menghalau serangga berdekatan dengan tanaman utama. Untuk mengawal penyakit, kita boleh kawal dengan kaedah mengairan, tidak menghalang aliran udara. Untuk mengawal rumpai, kita boleh cabut buang rumpai yang baru tumbuh.
–------------------------
Bahagian 10 daripada 10
Jangan lupa share artikel dan posting dari laman ini.
Anda boleh bantu kami supaya terus bersemangat menulis dengan membeli benih, ebook, buku serta peralatan lain. No hp kami 0175009364, nama saya Iskandar.
aduhla meremang bulu roma tgk ulat tuh, nsb lah dana bercck tanam kt umah ni takde ulat... kalu tak mmg semua pokok tu dana bunuh la jwb nyer...
BalasPadamyelah duk menanam kt tkt4 jd ulat takde yg sampai atas...
tp pokok apa yek yg blh halau serangga tuh?
Setuju En.Is.:-) Tiada penggunaan racun. Sy hnya guna racun organik formula En.Is @ Racun Semambu/Neem Oil. Guna utk serangga perosak yg halus spt aphid. Kalau ulat kutip buang..kdg biar aje..tk tkutip sb byk.Lama2 ok dh..Alhamdulillah serangn tdk teruk.Jika teruk aggp aje tk de rezeki.Tnm lg.:-)
BalasPadamSaya baru mula bercucuk tanam dan kwsn rumah sgt byk siputbabi, tiap kali tumbuh tunas, dibahamnya dlu padahal br je tumbuh tunas dr benih....
BalasPadamKami pernah letak posting tentang siput babi. Sila Buat cari dalam blog ini.
BalasPadam