TanamSendiri.com adalah blog tentang berkebun di rumah. Selain daripada maklumat, anda juga boleh dapatkan benih serta perkakas berkebun di rumah. Hubungi kami melalui emel [email protected]
Selasa, 21 April 2015
Herba Yang Tumbuh Melata Menjadi Rumpai -- Levender Sorrel, Belimbing Tanah
Ramai mengganggap herba ini rumpai kerana ia mudah membiak. Ada yang menanamnya sebagai ubat. Kami buat salad, sebagai penambah rasa. Daun dan buahnya rasa masam. Untuk kurangkan rasa masam, elok direbus dulu. Masak kari pun best.
Lavender sorrel, atau nama melayu Belimbing Tanah. Nama latinnya Oxalis barrelieri.
Dalam perubatan tradisional air rebusannya diminum untuk merawat kencing manis, darah tinggi, serta masalah buah pinggang. Setakat mana kemujarabannya saya tak dapat pastikan kerana belum menjumpai jurnal kajian tentang penggunaannya sebagai ubat.
Labels:
belimbing tanah,
herba,
lavender sorrel,
Oxalis barrelieri
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan