Mengawet makanan telah lama diamalkan dalam masyarakat kita. Saya perhatikan ia amat ketara di kampung sebelum peti sejuk digunakan secara meluas.
Pergi ke mana-mana rumah di kampung nelayan di Pantai Timur, di satu sudut di dapur pasti ada tempayan ikan jeruk. Lebihan tangkapan ikan yang tidak terjual pasti akan rosak jika tidak diawet. Kebiasaannya ikan di sapu garam dan dijemur hingga kering. Jika lebihan ada ketika hari mendung, ikan direndam di dalam air garam di dalam tempayan.
Buah pauh dan mempelam berbuah ikut musim. Sekali berbuah, memang tak termakan. Nak dijual, zaman dulu, tak dapat pegang harga kerana pokok mangga orang lain juga berbuah. Jadi, buah dijeruk di dalam air cuka (asid) yang dicampur sedikit lada.
Telur itik jika disimpan cara biasa tak tahan lama, cepat menjadi tembelang. Ia dijeruk di dalam air garam atau tanah bercampur sekam padi yang telah direndam dalam air garam.
Lebihan nasi, pulut, dan ubi pula ditapai dan dihidangkan ketika karbohidrat telah bertukar menjadi gula, ketika rasanya amat manis.
Pergi ke kampung yang ada dusun, pasti ada tempayan tempoyak, lempuk, jeruk maman dan jeruk petai.
Itu zaman sebelum adanya peti sejuk. Bila ada peti sejuk, aktiviti mengawet telah berkurangan kecuali untuk tujuan komersial atau untuk dinikmati rasa makanan awet yang unik dan enak. Mengawet itu sendiri tidak lagi menjadi tujuan utama kerana makanan dapat diawet dengan lebih mudah iaitu menggunakan peti sejuk.
Rakan-rakan mungkin tertanya, kenapa pula nak dihidupkan aktiviti ini?
Mudah, pertama, kan elok kita kekalkan aktiviti orang dulu-dulu menjadi warisan generasi yang akan datang.
Kedua, ada rasa makanan yang diawet lebih enak berbanding makanan awet yang ditinkan. Cari kat kedai jeruk mana-mana pun di Malaysia, anda tak akan jumpa jeruk mempelam atau mangga seenak jeruk Terengganu. Saya berani bet tentang yang ini.
Budu, cencalok, sambal belacan, jeruk lada, memang dah serasi sebagai pembuka selera ketika memakan nasi.
Lagipun tariff elektrik sekarang tinggi. Menyimpan makanan dalam peti sejuk secara tidak langsung meningkat bil elektrik. Bila awet dan simpan dalam botol atau balang kaca di dalam almari, tiada kos tamabahn untuk penggunaan elektrik. Walaupun nampak kecil, untuk rakan-rakan yang bekerja dengan pendapatan yang terhad ia banyak membantu.
Lagupun ia juga mengurangkan pembaziran lebihan makanan terutamanya rakan-rakan yang menanam di rumah. Ia juga suatu amalan yang elok secara sosial. Rakan-rakan dan saudara mara amat gembira jika menerima makanan awet sebagai buah tangan. Jem betik, jem nenas, sirap roselle, jeruk pauh dan mempelam, jeruk bandi, salad, ... semua best belaka.
baru terbuka sikit mata n otak nih kak... aah kan, kita yg dh semakin lupa amalan tuh... semua dh mudah simpan je dlm peti ais...
BalasPadamSy suka info ni...:-)
BalasPadamade penerangan saintifik ke.. kaedah org dulu ni...
BalasPadam