Halaman

Cari Blog Ini

Jumaat, 6 Jun 2014

Benih Bunga Bintang, Borage

Bunga Bintang (Borage, Borago officinalis)
Walaupun ramai daripada kita belum lihat atau dengar tentang pokok bunga bintang, ia adalah sejenis pokok yang kita tak sepatutnya abaikan.  Maksud saya, rugi kalau tak tanam.  Ia boleh ditanam di negara kita kerana ia tahan panas dan perlukan cahaya yang banyak.


Bunga bintang, gambar dari skrin carian Google menggunakan kata kunci "borage".
Pokok bunga bintang mampu menghasilkan bunga yang lebat, berwarna biru terang dengan bentuk bintang.  Bunganya mengandungi banyak manisan dengan sari seperti madu dengan manis yang amat halus.  Bunga bintang sudah pasti akan menarik banyak serangga pendebunga ke laman kita.  Jika anda ada membela lebah kelulut, pokok ini mesti ditanam.
Tak kan lebah aja yang dapat manfaat dari pokok ini.  Bagaimana pula dengan kita yang sememangnya tercari-cari sesuatu untuk dinikmati segar?  Pokok bunga bintang amat sempurna jika ingin dinikmati. Kalau tak berbaloi masakan saya ini promote pokok ini.
Pokok bunga bintang enak untuk dijadikan makanan.  Paling enak bila dihidangkan segar.
Misalnya, bunga bintang yang mudah tanggal sempurna untuk dijadikan salad atau dihidangkan sebagai ulam.  Ada juga yang bekukan bunga di dalam kiub ais dan menghidangnya di dalam sirap.  Sari manis yang halus di dalam bunga memang tak dapat ditandingi.  Memang best.
Pucuknya yang lembut, dipotong halus atau dimayang, enak ditabur di atas sup yang masih panas sebaik sahaja sebelum dihidangkan.
Ada yang katadaun segar yang baru dipotong mempunyai rasa seperti timun segar dengan aroma bawang merah.  Wah, memang unik rasanya.  Biasanya, batang pokok bunga bintandikelar secara memanjang untuk diambul isinya dan dihidangkan dalam minuman sejuk.  Rasanya tiada bandingan.
Rasa daun pokok bunga bintang hilang jika disimpan lama atau dikeringkan.  Sebab itulah, saya nyatakan tadi, jangan mimpi nak nikmati pokok bunga bintang kalau tak tanamsendiri di rumah.  Ia mesti dituai dan dihidangkan segar.
Seperti biasa, akan ada antara rakan yang akan bertanya, apa khasiatnya Encik Iskandar?  Khasiatnya memang banyak.  Di dalam perubatan, pucuk daun bunga bintang dicampur dengan susu.  Ia dikatakan dapat menghilangkan kemurungan.  Ia juga mampu mengukuhkan jantung.  InsyaAllah, panjang umur jika amalkan meminum minuman tersebut.
Ada juga yang hidangkan teh daun pokok bunga bintang.  Ia mampu melegakan batuk serta asma.
Mari kita tanam pokok bunga bintang pula, maksud saya, pokok borage.
Benih masih ada stok.  Dua pek 10 benih setiap pek dijual dengan harga hanya RM10.  Tambah RM10 untuk kendalian poslaju.  Pokok ini akan menghasilkan banyak benih, jadi rakan-rakan hanya perlu berbelanja sekali sahaja.  SMS/WhatsApp 0175009364 untuk pesanan.

Benih bunga bintang.


4 ulasan:

  1. En Is, saya dah tanam benih bunga telang. kira2 dah masuk 7 hari. tapi macam xda perubahan je en is.. :(

    BalasPadam
  2. Saya ikut step yang En Is cakap dalam web ni. Rendam dalam suhu 40-45* dalam masa 8 jam. Masalahnya saya tertanam benih tu agak dalam juga (dalam 3cm) Saranan En Is Dalam 1-2cm kot kalau x silap saya. Saya yg email en is tanya pasal bunga telang tu. hehe. Benih sawi saya sudah bercambah 2 bekas. lagi 3 bekas belum ada apa perubahan en is. mohon nasihat en is.. terima kasih

    BalasPadam
    Balasan
    1. InsyaAllah benih akan tumbuh. Cuma ambil masa yang lebih lama untuk muncul.

      Padam