Salam Enn. Iskandar,
Nak tanya, kenapa peria yang saya tanam daunnya jadi kuning sedangkan saya siram selalu?
Buah peria yang dihasilkan pula kecil sangat, lebih terbantut dari biasa dan pokok cepat kering.
Buah peria yang dihasilkan pula kecil sangat, lebih terbantut dari biasa dan pokok cepat kering.
![]() |
Gambar milik Alya Alyana. |
![]() |
Gambar milik Alya Alyana. |
![]() |
Gambar milik Alya Alyana. |
Waalaikum salam,
Saya perhatikan gambar yang dikirim, pada pendapat saya, tiada masalah dengan daun pokok peria tersebut. Ia menjadi kuning kerana daun tersebut telah tua dan akan luruh.
Bagaimanapun, jawapan saya tadi adalah berdasarkan gambar yang dipamerkan. Jika masalah daun kuning berlaku juga pada daun muda, kemungkinan besar kurang baja. Taburkan baja organik setiap 3 hari sehingga masalah berkurang. Apabila cukup baja, insyaAllah saiz buah yang dihasilkan juga akan kembali kepada saiz yang sepatutnya.
Buah peria tersebut bersaiz kecil kerana pokok peria ini adalah daripada jenis peria katak. Saiz buahnya memang kecil. Saya suspek sememangnya baka buah kecil. Saya mungkin salah. Ia mungkin juga kecil kerana kekurangan baja. Apabila dah tabur baja secukupnya, selepas daun pulih, buah yang dihasilkan juga akan lebih besar atau gemuk. InsyaAllah.
Soalan ketiga ni, iaitu pokok cepat kering juga menjadi clue kepada masa masalah daun dan buah. Jika air telah disiram secukupnya tetapi pokok tetap cepat kering, kemungkinan semua masalah ini berkait dengan tanah. Maksud saya struktur tanah kurang elok menyebabkan ia tak mampu menyimpan air. Tambahkan kondisyener tanah untuk membaiki struktur tanah.
Saya ada menjual kondisyener tanah. SMS/WhatsApp 0175009364 untuk membuat pesanan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan