Halaman

Cari Blog Ini

Khamis, 3 April 2014

Soalan -- Daun Terung Rosak

Salam En Iskandar,
Apakah punca daun pokok terung jadi begini?
Terima kasih.

Daun pokok terung rosak.  Gambar milik Sazlina Maan.

----------------------
Waalaikum salam,
Kemungkinan besar daun diserang kumbang kecil yang berwarna hijau dengan bintik hitam. Serangga tersebut menyerupai ladybird.  Larva (ulat) kumbang tersebut juga memakan daun terung.

Kutip serangga dan larva dan musnahkannya.  Jika mengutip larva, pastikan anda memakai sarung tangan kain yang tebal.  Untuk membunuh serangga serta larva tersebut, isikan cawan pakai buang dengan air sabun.  Letakkan serangga serta larva ke dalam bekas yang berisi air sabun tersebut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan