Khamis, 3 April 2014

Menyiram, Bahagian 20 Daripada 40 (Dipetik daripada ebook "Menyiram")

KESAN JIKA TERLEBIH AIR
Jika terlebih air, kadang-kadang ada juga kelemahannya.  Jika terlebih air, tanaman mungkin lambat berbunga dan berbuah.  Pokok yang gemuk air juga mudah dijangkiti penyakit dan selalu diserang serangga perosak.  Pokok yang segah mengandungi banyak air, jadi ia mengandungi kurang khasiat dan rasa yang lebih tawar.  Jika tanaman yang mempunyai rasa yang kuat, rasa tawar bukannya suatu yang buruk.  Ia mungkin suatu yang elok.

Jika tanah becak kerana terlebih air, ruang rongga penuh berisi air dan tanah tidak lagi menyimpan udara.  Ini boleh menyebabkan akar lemas (kerana akar perlukan udara) dan mati.  Apabila akar mati, tumbuhan gagal menyerap air dan nutrien.  Tidak lama kemudian, tumbuhan tersebut akan mati.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan