Selasa, 1 April 2014

Menyiram, Bahagian 18 Daripada 40, Dipetik Daripada Ebook "Menyiram"

KAPASITI TANAH UNTUK MENYIMPAN AIR
Jumlah air yang mampu disimpan oleh tanah ditentukan oleh tekstur dan kandungan bahan organik.  Kedalaman tanah juga mempengaruhi kapasiti tersebut kerana tanah yang dalam mampu menyimpan air lebih banyak daripada tanah yang cetek.

Jadual Kapasiti ada dipamerkan dalam ebook "Menyiram".

TUMBUHAN DAN AIR

TUMBUHAN PERLUKAN AIR
Hanya sedikit daripada air yang diserap oleh tumbuhan kekal di dalam tumbuhan tersebut.  Kebanyakan air yang diserap keluar daripada tumbuhan melalui transpirasi, setelah digunakan untuk kekalkan tumbuhan tersebut supaya segah, untuk kurangkan suhu, mengangkut nutrien, mengangkut bahan sisa serta menghasilkan makanan melalui proses fotosintesis.

Kira-kira 200 hingga 500 unit air diperlukan untuk menghasilkan 1 unit bahan kering di dalam tumbuhan.
Tumbuhan perlukan air yang ada di dalam tanah untuk menghasilkan larutan tanah supaya ion nutrien dapat diserap melalui akar.  Air juga penting untuk hidupan di dalam tanah termasuk mikroorganisma yang menyuap tanaman dengan nutrien.  Air juga bertanggungjawab di dalam proses hakisan secara kimia dan secara mekanik, yang membebaskan ion nutrien untuk tumbuhan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan