Jika anda boleh dapatkan air selain
daripada air paip iaitu air yang dibekalkan oleh syarikat pembekal air, anda
boleh fikirkan tentang opsyen tersebut kerana ini pasti dapat kurangkan bil
air. Air sungai, air kolam, air paya,
air perigi, air hujan, dan air terpakai boleh digunakan.
Sebelum gunakan, ambilkira samada air
tersebut selamat dgunakan. Misalnya jika
anda tinggal di kawasan yang kurang hujan, air kolam atau air perigi mungkin
mengandungi kandungan garam yang tinggi.
Jika anda gunakan air tersebut untuk menyiram secara berterusan, garam
yang terlarut mungkin terkumul dan menjadi toksik kepada tanaman dan
menyebabkan tanaman tersebut mati.
Air liat mengandungi ion Kalsium dan
magnesium. Ion-ion tersebut meningkatkan
pH air menyebabkan air tersebut bersifat alkali. Jika anda tinggal berdekatan dengan kawasan
perindusrian atau bandaraya, air hujan mungkin mengandungi bahan asid yang
tinggi Jika digunakan untuk menyiram secara
berterusan ia boleh menurunkan pH tanah menyebabkan tanah menjadi berasid.
Jika anda waswas untuk menggunakan air
untuk menyiram, anda boleh uji pH tanah menggunakan kit yang dijual di kedai
pertanian atau di kedai akuarium. Anda
juga boleh dapatkan meter pH daripada blog ini (tanamsendiri.com).
Walaupn Begitu, daripada pengalaman saya,
lazimnya air hujan sesuai digunakan untuk menyiram tanaman. Ini kerana air hujan mengandungi sedikit nutrient
yang diperlukan oleh tanaman, misalnya nitrogen dan sulfur.
Kebiasaannya kita rugi kerana sebahagian
besar daripada air hujan yang turun hilang beitu sahaja kerana tidak
dimanfaatkan. Ini suatu yang merugikan
jika anda berkebun di rumah. Untuk
manfaatkan air hujan untuk menyiram tanaman, anda boleh lakukan sesuatu.
Anda bolh kumpul air hujan. Misalnya anda boleh letakkantangki tadahan di
tempat air mencurah daripada atap. Anda
juga boleh bina kolah untuk tadah air hujan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan