Ada rakan yang timbulkan isu tentang rumpai seolah-olah
rumpai suatu yang tiada guna langsung.
Bila disebut rumpai, saya maksudkan tumbuhan yang tumbuh di tempat yang
tidak diingini, iaitu di dalam kawasan tanaman.
Misalnya, salad pepperomia dianggap rumpai bila ia tumbuh di dalam pasu
tanaman cili. Ini kerana kita tanam
cili, kita harapkan tuaian buah cili dan bukannya daun salad pepperomia. Kehadiran salad peperomia membuatkan sumber
untuk pokok cili berkurang kerana ia berebut ruang, nutrian, air dan cahaya.
Jika tanamsendiri di rumah secara organik, kita perlu tukar
perspektif kita kerana setiap elemen dalam kumuniti laman rumah ada manfaatnya.
Ok, apa manfaat rumpai? Mungkin itu soalan yang rakan-rakan ajukan pada saya.
Ada banyak manfaatnya, antara manfaat rumpai adalah seperti berikut:
1. Rumpai membantu tingkatkan kepelbagaian hayat dalam laman kebun di rumah. Setiap rumpai ada keistimewaannya dari segi herba, bunga, akar dan lain-lain. Setiap jenis rumpai yang dicabut akan menyebabkan laman kebun di rumah menjadi kurang menarik dan kurang sihat. Raan-rakan akan faham bila baca artikel yang saya ost sebelum ini atau di masa yang akan dating. Mungkin ada yang tak akan setuju, tapi itulah hakikatnya.

2. Banyak daripada rumpai sebenarnya boleh dimakan serta
berkhasiat. Ia adalah bonus jika tidak
dibuang. Saya pernah perkenalkan pokok purslane dan pepperomia, ramai yang
tidak tahu rumpai tersebut boleh dimakan. Bila dah makan, baru tahu betapa
enaknya rumpai tersebut.
3. Rumpai boleh jadi teman tanaman dan mampu menjaga tanaman. Misalnya apabila anda cabut tanaman, tanah akan terdedah. Rumpai membantu menutup tanah yang terdedah dan menghalang kehilangan nutrient melalui hakisan, mengekalkan kelembapan tanah dengan menghalang sejatan pada permukaan tanah dan menyorok cambahan daripada serangan makhluk perosak.

4. Rumpai membekalkan makanan kepada hidupan terutamanya serangga
pemangsa.
5. Rumpai bertindak sebagai Tumbuhan perangkap, yang menarik
makhluk perosak memakannya jadi tanaman tidak lagi diganggu.
6. Rumpai menyuburkan tanah kerana akarnya yang dalam
menyedut keluar nutrient daripada tanah yang dalam. Apabila rumpai mati dan menjadi kompos, nutrient
tersebut boleh diserap oleh tanaman.
Memang benar rumpai boleh menjadi masalah, tapi jika
diuruskan dengan betul, ia sebenarnya suatu penyelesaian masalah dan bukannya
punca masalah.
saya masih was was dengan salad pepperomia. akan cuba juga nanti
BalasPadam