TanamSendiri.com adalah blog tentang berkebun di rumah. Selain daripada maklumat, anda juga boleh dapatkan benih serta perkakas berkebun di rumah. Hubungi kami melalui emel [email protected]
Selasa, 28 Januari 2014
MENYIRAM, bahagian 5 Daripada 40 (Dipetik daripada eBook "Menyiram"
Apabila air tidak lagi mampu memasuki ke dalam tanah, air graviti dalam makroliang akan mengalir ke bawah secara perlahan. Ruang tersebut akan diganti dengan udara. Apabila semua air telah mengalir keluar (lazimnya mengambil masa sehingga beberapa hari), zarah-zarah tanah dan mikroliang yang menyimpan air kapilari yang mampu dipegang tanah dikatakan perada pada kapasiti medan. Ini adalah paras air yang ideal untuk kebanyakan tanaman dengan air yang tersimpan secara lapisan berterusan pada zarah-zarah tanah bermula daripada paras air kekal di dalam tanah dengan ruang makroliang berisi udara. Jumlah air yang tersimpan pada aras ini dikenali sebagai kapasiti menyimpan lembapan.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan