Khamis, 30 Januari 2014

Contoh Cara Tumbuhan Selesaikan Masalah

Satu daripada manfaat tanamsendiri di rumah ialah kita dapat lihat sendiri kehebatan ciptaanNya.  Tumbuhan tidak mempunyai kelebihan seperti kita manusia, tetapi cabaran yang dilaluinya tetap banyak.  Kalau panas kita boleh mencari payung untuk berteduh.  Kalau pokok yang terlebih panas, mana payungnya. Kalau haus kita boleh cari air.  Pokok kehausan, mana airnya.  Tapi pokok tak merenget.  Ia selesaikan masalah, bukannya menjadi punca kepada masalah.

Cambahan cowpea menahan panas dengan menutup tunas dengan daun kotiledon.
Lihatlah cambahan cowpea ini.  Cambahan perlukan banyak air.  Jika kehilangan air, cambahan akan lesu, dan jika kehausan terlalu lama, cambahan ini akan mati.  Hari ini tiada awan dan suhu di depan rumah saya mencecah 38 darjah Celsius.  Daun yang terdedah pasti akan menyebabkan kehilangan air yang terlalu banyak melalaui proses transpirasi.  Cara cambahan ini selesaikan masalah, tutup daun dengan merapatkan dua permukaan daun kotiledonnya.  Dengan posisi begini, permukaan dan tunas terlindung daripada cahaya terik.

Bila melihat posisi ini, saya alih cambahan ke tempat teduh.  Tak sampai dua minit, daun terbuka semula seolah-olah menadah tanda sedia untuk berfungsi kembali.  Hebat.  Dan saya sendi; kagum.

 

4 ulasan:

  1. En.Is..Penting ke daun kotileden.walaupn daun sebenar dh ade...spt dlm gmbr tu?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sebelum pokok kukuh ia penting. Pokok belum buat makanan sendiri. Daun kotelidon tebal sedikit sebab bekalkan nutrien dan tenaga. Seperti dalam gambar ni, ia juga seperti pelindung.

      Padam
  2. En Is, cowpea ni bahasa melayu apa? Rupa dia macam kacang panjang...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada yang panggil kacang mata hitam. Sebenarnya, ia sejenis kacang panjang.

      Padam