Ahad, 12 Januari 2014

Cara Menanam Benih Dari Pek Rezeki Berterusan

Set ini diberikan secara percuma bersama pesanan yang melebihi RM50 dan kiriman melalui poslaju atau set buku tanamsendiri.com versi buku jilid 1, 2 dan 3  pada 6 hingga 10 Januari  2014.
Set Rezeki Berterusan mengandungi 5 jenis benih sayur yang apabila ditanam boleh dituai secara kerat dan tumbuh lagi atau pokok menghasilkan benih yang boleh disemai lagi.

Benih di dalam pek ini terdiri daripada benih:

1.  Kalian Tempatan (Tuai daun sahaja)
2.  Sawi Menang (Simpan benih untuk semai semula)
3.  Bayam (Simpan benih untuk semai semula)
4. Bendi tempatan (Simpan benih untuk semai semula )
5. Kangkung (Kerat dan tumbuh lagi)

----------------------------------------
Jika dibeli berasingan, harganya RM30, iaitu RM20 untuk benih dan RM10 untuk kendalian poslaju.
----------------------------------------
Menanam Kailan
Kailan dipilih kerana anda boleh tanam dan tuai daun sahaja dengan cara kerat tangkai daun.  Pokok akan terus tumbuh dan anda boleh terus tuas sehingga 2 atau 3 bulan.  Satu benih menghasilkan 1 pokok.  Tanam 2 pokok untuk setiap ahli keluarga yang makan sayur, jika gunakan kaedah kerat dan tumbuh lagi. 

Kailan adalah makanan berkalori rendah yang kaya dengan vitamin, antioksidan, serat dan mineral. Ia amat baik untuk kesihatan. Ahli sains juga telah membuktikan sayuran dari jenis ini (yang baru dipetik) kaya dengan fitonutrien seperti thiocyanate, indole, sulforaphae, isothiocyanate dan flavonoid seperti beta carotene cryptoxanthin, lutein dan zeaxanthin. Dari kajian yang mereka lakukan, sebatian ini mampu mengubah secara positif utusan molekul reseptor untuk melindungi diri anda dari barah prostat, kolon, pundi kencing, pankreas dan payu dara. Sayuran kailan yang segar kaya dengan Vitamin C yang baik untuk kulit dan melawan selesema. Vitamin A, juga sejenis antioksidan bercampur dengan pro-vitamins termasuk beta carotene, alpha carotene, zeaxanthin, mampu mengekalkan keremajaan kulit dan kesihatan mata. Ia mampu mengelakkan kerosakan mata pada warga emas.

Lokasi
Kailan boleh tumbuh sehingga paras pinggang, jadi tanam dalam tempat yang ada ruang dan mendapat cahaya matahari sepenuhnya.  Anda boleh tanam dalam bekas, misalnya pasu besar, pasu panjang atau kotak styrofoam.  Gunakan tanah kompos atau tanah yang mampu memegang air tetapi tidak menakung air.

Saya pernah gunakan tanah kompos yang dibuat daripada rumpai yang dipotong.  Pokok kalian tumbuh subur.  Sekarang saya gunakan tanah kompos yang digaul dengan baja organik iaitu pellet tinja ayam yang dibiarkan selama 2 minggu.


Bila nak tanam?
Negara kita panas sepanjang tahun, bila-bila pun boleh tanam.


Semai
Benih kailan amat kecil iaitu berbentuk bulat dengan jejari kira-kira 2mm. 
Semai di dalam bekas semaian atau modul semaian sedalam 2 cm. Benih akan bercambah dalam masa 2 hari.

Begini caranya. 

1. Isikan bekas semaian dengan tanah semaian atau tanah kompos sehingga 3/4 penuh atau sedalam 3 cm.  Sembur dengan air untuk lembapkan tanah. 
2. Tabur 2 atau 3 benih dalam satu bekas semaian.  Jika gunakan dulang, jarakkan 5cm antara benih.
3. Tabur tanah semaian untuk tutup benih.  Tabur kira-kira 1 cm tanah yang ringan.
4. Sembur dengan air yang letakkan di tempat yang tidak kena hujan.

Benih akan bercambah dalam masa 3 hari hingga 1 minggu.


Alih
Alih pokok selepas 6 hingga 8 hari bercambah, iaitu apabila ada 3 atau 4 helai daun atau setelah akar memenuhi ruang bekas semaian.  Hati hati ketika mengalih, jangan rosakkan akar.  Jarakkan kira-kira 45 hingga 60cm (18 hingga 24 inci).

Penjagaan
Buang rumpai jika ada.  Siram setiap hari tetapi jangan terlalu banyak. Jika anda gunakan tanah yang telah digaul dengan baja organik atau kompos, tidak perlu membaja. 

Tuai
Petik daun yang segar dan biarkan pokok terus tumbuh.  Biarkan daun paling bawah.  Hanya petik daun tengah sahaja.,

----------------------------------------------------------------------

Menanam Sawi
Sawi adalah sayur yang popular dalam masyarakat kita.  Sawi digemari oleh semua kaum di negara kita. Oleh kerana sawi mudah layu, untuk mendapatkan sawi yang segar elok ditanam sendiri.  Benih boleh diperolehi melalui blog ini.

Khasiat
Sawi kaya dengan Vitamin A, B dan C serta mineral seperti zat besi dan kalsium.

Persediaan Menanam
Sawi boleh ditanam di atas tanah (di atas batas) atau dalam bekas. Jika tanam di atas tanah, gemburkan tanah terlebih dahulu.   Tanam dalam bekas semaian dan alih kemudian.

Menyemai
Gaulkan biji benih dalam pasir dengan kadar 1:6 iaitu satu bahagian biji benih, 6 bahagian pasir untuk menjarangkannya.  Tabur campuran biji benih ke dalam alur di atas batas sedalam 5 mm.  Jarakkan antara alur kira-kira 20 cm di atas batas.  Tutup alur dengan tanah dan siram.

Menjarang
Selepas 2 minggu disemai, jarangkan semaian dengan jarak 15 cm antara cambahan.  Cambahan yang dicabut boleh disemai ditempat lain.  Jika anda ingin jadikan salad, potong cambahan yang ingin dimakan menggunakan gunting.  Jangan cabut pokok kerana ini akan menyebabkan anak sawi bercampur tanah, sukar dibersihkan dan kurang enak dimakan sebagai salad.

Menyiram
Sawi perlukan air yang banyak.  Siram dua kali sehari jika tiada hujan.

Membaja
Gunakan baja organik iaitu baja kandang atau baja tinja ayam, kambing atau lembu, atau baja kompos  sebelum anak sawi dialih.

Merumput
Merumput apabila perlu untuk mengelakkan persaingan antara anak sawi dengan rumpai.

Menuai
Pokok Sawi sesuai dituai selepas 28 hingga 35 hari selepas disemai.


------------------------------------------------------
Menanam Bendi
Bendi yang juga dikenali sebagai kacang lendir kerana ia mempunyai lendir apabila dipotong adalah tumbuhan yang berasal dari Sri Lanka.  Kini bendi ditanam di seluruh dunia terutamanya di kawasan tropika.  Bendi juga dikenali sebagai okra, gumbo, lady's finger.  Nama latinnya ialah Hibiscus ensculentus.

Kacang bendi mempunyai khasiat yang banyak iaitu tenaga, protein, lemak, karbohidrat, serat, kalsium, fosforus, besi, natrium, beta karotena, vitamin B1, B2, niasin, dan Vitamin C.  Kebiasaannya bendi tidak digemari kerana ia berlendir dan berserat.  Itu adalah bendi yang dijual di pasaraya.  Bendi berserat kerana ia dipetik apabila saiz telah besar dan lama disimpan sebelum tiba kepada pelanggan.  Jika anda tanam sendiri, anda akan dapati bendi sangat enak dimakan terutamanya apabila dipetik muda dan terus dimasak.

Bendi sesuai ditanam di atas tanah atau dalam bekas atau pasu yang besar.  Bendi perlukan banyak cahaya matahari.  ia tidak memerlukan banyak air.  Jadi, bendi mudah diselenggara jika anda menanam secara hobi dan sibuk dengan tugas harian.

Bunga bendi berwarna kuning dengan bahagian tengah berwarna hitam.  Bentuk bunga adalah sama dengan bunga raya.  Bunga bendi sangat cantik, oleh itu bendi juga sesuai ditanam sebagai pokok hiasan.


 Penyediaan Tanah
Tanam bendi di kawasan tanah gembur atau lom yang kaya dengan bahan organik dan mempunyai saliran yang baik.  Anda perlu bina batas.  Tambahkan baja organik kira-kira 2 minggu sebelum menyemai.  Jika tanam dalam bekas, gunakan tanah yang kaya dengan organik.

Benih
Benih bendi bewrna hitam atau kelabu tua.  saiz benih beni adalah kira-kira 0.5 cm dan berbentuk bulat.  Terdapat beberapa jenis bendi.  Semua mempunyai kelebihan yang tersendiri.


Menyemai
Rendam benih bermalam atau 1 hingga empat jam di dalam air suam untuk aktifkan benih dan cepatkan proses percambahan.  Benih bendi akan bercambah antara 5 hari hingga 2 minggu selepas disemai.Tanam 2 biji benih ke dalam lubang sedalam 3 cm dan jarakkan antara lubang kira-kira 40 hingga 60 cm (1.5 hingga 2 kaki).

Merumput
Anda perlu merumput jika perlu untuk pastikan tiada rumpai berdekatan pokok terutamanya ketika 2 bulan pertama.

Siram
Di musim kering, siram sekurang-kurangya sekali sehari terutamanya di waktu pagi.

Baja
Sekiranya anda tanam dalam tanah yang kaya dengan organik, anda tidak perlu menambah baja.  Jika pokok kelihatan terbantut, baja dengan baja organik (misalnya tinja ayam) kira-kira 2 minggu sekali.

Makhluk Perosak
Bendi kadang-kadang diserang ulat pengorek buah.  Kutip buah yang dijangkiti  dan bakar.  Bendi juga sering diserang ulat beluncas terutamanya pada daun.  Kutip ulat dan musnahkan jika ditemui.  Daun juga mungkin diserang kulat.  Jika ini berlaku, potong daun yang diajngkiti dan bakar.

Buah
Bendi akan mula berbunga dan berbuah kira-kira 8 hingga 12 minggu selepas disemai.  Pokok akan terus berbuah sekurang-kurangnya selama 2 bulan.

Menuai
Untuk rasa yang paling enak, petik buah apabila ia mencapai panjang 5 cm atau 2 inci.  Bendi saiz ini lembut dan enak dimakan.  Anda juga boleh makan bunga bendi sebagai salad atau ulam.  Jangan biarkan buah bendi matang di pokok kecuali jika anda ingin dapatkan benih.  Ini kerana jika buah matang di pokok, pokok tersebut tidak akan menghasilkan buah yang banyak.



----------------------------------------
Posting asal 6 Januari 2014

16 ulasan:

  1. Assalamualaikum Tuan Iskandar,
    Bagaimana ya nak ambil benih itu?

    Terima kasih.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kiriman melalui pos. Set untuk Tinidewi ada disimpankan. Saya niat nak kirim bila Tinidewi buat pesanan akan datang.

      Padam
  2. Balasan
    1. Waalaikum salam,
      Benih kucai baka madu masih ada stok.

      Padam
  3. salam sy nk tny..ada biji benih saderi,kailan,sawi,bendi,kangkung,terung dan kobis x?brapa ye 1 pek?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikum salam.
      Semua ada stok. Setiap satu pek rm2.
      WhatsApp 0175009364 atau Emel [email protected]

      Padam
  4. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  5. Tuan iskandar, best mengikuti blog ini. Saya berminat utk mendapatkan dulang semaian dan benih bunga telang. Ada stok ke tuan?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada stok. Hubungi (sms/Whatsapp) 0175009364.

      Padam
  6. Assalamualaikum tuanm...
    Macam mana saya nak dapatkan benih halia bara.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Harga 1 pek, RM10.
      Kendalian poslaju RM10.
      SMS/Whatsapp 0183601610 untuk pesanan.
      No akaun ada dibelikan pada pautan "Cara Memesan Benih" pada panel kanan blog.

      Padam
  7. assalam tuan...boleh saya dapatkan biji benih timun jepun dari tuan? berapa harga yg tuan jaul utk 1 paket? itu pun jika tuan ada larr...tq

    BalasPadam