Jika anda menyiram dengan pancutan air yang kasar dan laju (biasanya dengan salur getah), iaitu lebih laju daripada keupayaan
tanah untuk menyerap air tersebut, gumpalan tanah akan pecah menjadi bintil
tanah yang halus dan akan hanyut ke dalam ruang antara gumpalan atau agregat
yang lebih besar. Apabila permukaan
tanah menjadi kering, lapisan kerak yang berkeping dan mampat akan terbentuk pada permukaan tanah. Ia lazimnya berlaku pada permukaan tanah yang
mempunyai struktur yang kurang elok, biasanya tanah keladak atau tanah berpasir
yang halus.
Bagaimanapun, jika tanah mempunyai struktur
yang elok, anda menyiram dengan pancutan air yang kasar dan laju, kemungkinan
kerak akan membentuk juga.
Kerak pada permukaan tanah menghalang air menyerap
masuk ke dalam tanah ketika menyiram. Ia
juga menghalam benih yang disemai daripada bercambah keluar daripada permukaan
tanah. Kerak juga menghalang udara
daripada masuk ke dalam tanah atau keluar daripada tanah. Udara yang terkumpul akan menjadi toksik dan
menghalang pertumbuhan akar.
Jika hanya sedikit kerak terbentuk, anda
boleh pecahkan dengan jari. Jika banyak,
pecahkan kerak dengan menggunakan cangkul.
Anda boleh tabur bahan sungkup, misalnya jerami atau keratan rumpai yang
keing untuk menghalang pembentukan kerak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan