Halaman

Cari Blog Ini

Jumaat, 13 Disember 2013

Kompos Bahagian 31 Daripada 40

Bahan Aktif

Bahan aktif, macam racun lah pulok.  Saya sebut ni sebab ada ruang Gardening kat pasaraya jual pengaktif kompos.

Pengaktif kompos adalah bahan yang bertujuan untuk bekalkan apa-apa yang kurang di dalam kompos, biasanya nitrogen. Ada Pengaktif Kompos yang dijual menyatakan ia mengandungi mikroorganisma. Pada pendapat saya, kat dalam timbunan kompos pun ada banyak mikroorganisma.

Apabila rumpai dan bahan kompos bercampur dengan tanah, bakteria akan mula masuk dari dalam tanah ke dalam timbunan kompos. Hidupan yang lain, misalnya cacing tanah, ulat gonggok dan hidupan lain juga akan mula masuk ke dalam timbunan kompos.

Beli bahan pengaktif kompos? Pada pendapat saya, tak perlu.  Nak letak jugok?  Kencing aja kat timbunan kompos tu....  Macam-macam mu mek (awang pong sama jer...)

Bersambung esok....

5 ulasan:

  1. Tuan ulat gonggok tu sahabat atau musuh tanaman? rumah sy ni banyak sgt ulat gonggok

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sahabat. Ia membantu menguraikan bahan organik.

      Padam
    2. Ok la tu..rumah sy pn byk ulat gongok...musim hujan byk pulak.. :-)

      Padam
  2. Saya simpan kompos dalam tong sampai busuk dan berair. Air dari kompos busuk tu saya guna untuk siram pokok. Adakah berkhasiat atau mendatangkan penyakit?

    BalasPadam