![]() |
Mealy bug menyerang pokok tomato yang stress kerana gagal menyerap air. |
Bila tanah lembap berpanjangan, ruang udara dalam tanah diisi air dan akar mula lemas dan mula rosak. Bila akar rosak, keupayaan untuk menyerap air berkurang sedangkan pokok yang berbunga perlukan air. Akibatnya pokok kehasusan dan mula layu (Gambar 2).
![]() |
Tunas dan pucuk layu. Putik buah luruh. |
Untuk selamatkan pokok tersebut saya potong bahagian pucuk dan cubit buang semua bunga. Alhamdulillah, sehari kemudian pokok segar semula (Gambar 3). Nampaknya perlu tunggu lebih lama lagi untuk nikmati buah tomato dari pokok ini.
![]() |
Pokok subur kembali kerana keperluan air mencukupi. |
------------------------------------------------
Gambar terkini pada 29 Januari, pokok tomato tersebut telah menghasilkan buah yang segar.
![]() |
Pokok tomato yang dulunya layu kerana reput akar, kini menghasilkan buah. |
assalammualaikum tuan Is,
BalasPadamSaya selalu mengalami masalah ini, terjadi pada pokok bayam merah, pokok terung dan semaian bunga matahari. Boleh kah cara tuan untuk pokok tomato ini diguna pakai utk.pokok yg.saya sebutkan diatas?.
Terimakasih .
Pokok bunga matahari saya pun kena seperti ini. Saya kerat tunas utama. Selepas 2 hari pokok segar semula tetapi kemudiannya pokok layu dan mati. Mungkin keadaan akar tidak dapat diselamatkan lagi.
PadamPuteri Purnama boleh cuba. Mungkin boleh baiki struktur tanah.
ok terimakasih tuan.
PadamMusiam hujan begini..cabarannya boleh thn ya..Sy pnya pokok tomato ruby yg ditnm dlm bekas pn ade mslh ini..Di dlm bekas pn boleh jd cm ni?
BalasPadamYa, boleh hadapi masalah yang sama. Elok letak pelindung hujan.
PadamEn Is, sy pula terkena pada pokok kari dan pokok rosemary....dh bercambah 4 batang size batang sama dg batang tunjang dh tp hujan memanjang...pokok dg daunnya jd hangus...sygnya...penat bela pokok kari n rosemary ni...nk nangis pun ada...adui...dugaan...
BalasPadamBleh x en. Is sharing camne nk jaga pokok kari n herba dg baik dan bagaimana nk bg suburkan agar lebih byk daun...
Satu soalan lg...En. Is x nk promote set Herba English ke...?sy berminat nk beli dari En. Is klu ada set lengkap herba English
Rosemary memang tak tahan hujan. untu musim tengkujuh saya syorkan di letak tempat teduh dulu.
Padamooooo gitu cara nyer ek, lps buang bende alah tuh terus pokok segar yek...
BalasPadamInsyaAllah.
Padampasti bisa subur ya men musih ujan cak ni bisa tanam
BalasPadaminfo menarik mas gan, makasih
BalasPadamInformasi Komputer Internet
Terjawab persoalan mengapa air hujan turun mencurah-curah tapi pokok layu macam takde air. Rupa-rupanya sebab akar lemas akibat terlalu banyak air.
BalasPadam