Ahad, 17 November 2013

Soalan Pengunjung -- Apa Itu Kaedah Bokashi?

En Iskandar
Boleh jelaskan apa itu kaedah penyediaan baja secara Bokashi?
-----------------
Bokashi adalah kaedah untuk menghasilkan baja kompos yang menggunakan campuran mikroorganisma (makhluk halus) untuk melitupi sisa makanan dengan tujuan untuk mengurangkan bau ketika proses penguraian.
Kaedah ini dipinjam daripada amalan petani jepun beberapa kurun yang lalu yang mencampur (melitupi) sisa makanan yang ingin dijadikan baja kompos menggunakan tanah yang kaya dengan mikroorganisma yang menapai sisa makanan tersebut. Selepas beberapa minggu diperam, petani tersebut akan menanam hasil penapaian tersebut di dalam tanah sehingga ia menjadi sebahagian daripada tanah.
Kebanyakannya menggunakan bahan mikroorganisma yang kini dikenali sebagai mikroorganisma berkesan (Effective Microorganism (EM1)) yang telah diperkenalkan dalam pasaran dalam tahun 1980an.
EM1 digaul dengan bahan berasaskan karbon, misalnya habuk gergaji atau sekam padi atau gandum yang telah digaul dengan gula merah. Bahan tersebut digampur dan diperam di dalam bekas tertutup untuk menghasilkan aktiviti anaerobik selama beberapa minggu sebelum ditanam di dalam tanah.

4 ulasan:

  1. Cara buat baja Effective mikroorganisma paling mudah dirumah.
    Cuci beras dirumah gunakan air tanpa klorin, ambil air cucian beras yg petama saja kerana perlukan yang pekat lagi pekat lagi bagus... Campurkan dengan gula merah = air beras 1liter gula merah 1kilo. Taruk dalam botol mineral tutup goncang sampai sebati. Pastikan ada suku/1/4 ruang udadara dalam botol untuk proses peraman. Buka botol 3-4hari sekali untuk melepaskan gas kacau dengan menggoyang kan botol pelahan2, masa ni dah tak boleh digoncang sebab mikroorganisma akan mati kelemasan, peram sampai ada keluar bau masam2 manis dan terbentuk lapisan putih dipermukaan. Biasa 2minggu dah dah boleh dipakai...
    Tanda berjaya botol kembung atau masa buka botol terasa gas keluar dan sampai bau masam2 manis terhidu lapisan putih dipermukaan terbentuk.. Berjaya...

    boleh disiram dan disembur pada pokok dan daun, tapi kena gunakan air tanpa klorin kadar kegunaan sayuran berdaun minggu1, 5ml= 1L air m2 10ml= 1L air m3 15ml= 1L air m4 dan sampai tuai 20ml= 1L.
    Sayur berbuah dari m1 10ml sampai max 25. Pokok bentik pula max 50ml

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalo guna beras boleh tak? Maksud saya letak beras dannair serta gula merah.

      Padam
  2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  3. Baja Effective Mikroorganisma diatas sama dengan em, mampu mehilang bau busuk mengawal penyakit tanah mempercepat penguraian bahan organik seperti kompos dan bokashi... Membuat tanaman tahan penyakit, kalau kita mebaja tanaman dengan perut ikan siram dengan baja ni sekali, tidak riau dengan bau lagi... Selamat mencuba... (Nota kalau tanam dalam pasu perlukan lebihkan baja asas/organik tinja ayam atau lain kerana baja em ini akan menyuburkan tanaman, tanaman akan cepat menyerap baja/nutrisi... Selamat mencuba...

    BalasPadam