Pokok Bunga Telang dengan bunga yang lebat. Gambar diambil di waktu pagi, selepas hujan. |
Pokok bunga telang adalah pokok memanjat dengan cara melilit. Ia tahan panas dan sesuai ditanam di dalam pasu. Pokok bunga telang tidak perlukan air yang banyak. Ia sesuai ditanam jika tinggal di kawasan tak bertanah. Benih bunga telang bercambah dalam masa 2 hingga 3 minggu selepas disemai. Bunga telang yang berwarna biru sesuai dijadikan pewarna makanan. Ia dijadikan pewarna nasi kerabu dan sirap biru.
assalamualaikum
BalasPadambolehkah pokok bunga telang dialihkan dari pasu kecil ke pasu besar, kerana saya takut berisiko, pokok mati, akar rosak dan sebagainya.
Pokok bunga telang jarang hidup jika dialih. Ia perlu ditanam terus ke tanah atau ke dalam bekas kekal.
BalasPadam