![]() |
Cambahan Selasih sedia untuk dijual. |
Pokok
selasih (basil) berasal dari India, timur tengah dan kepulauan Pasifik. Dari bacaan kami, ia telah ditanam sejak
beribu tahun dahulu di kawasan Mediterranean.
Patutlah orang di sana mahir memanfaatkan tanaman ini.
Selasih
dalam Bahasa Inggeris dikenali sebagai thai basil. Perkataan basil dipercayai basal daripada
perkataan Yunani, Basikon phuton yang
bermaksud raja herba.
Di
negara kita, biji selasih direndam dan dicampur ke dalam minuman sirap serta
air batu campur. Daunnya yang harum
dijadikan ramuan masakan. Ia serasi
dengan tomato dan bawang putih. Kalau
tanam lebih tak jadi masalah. Boleh
blend buat sambal atau bekukan dalam kiub ais dan guna kemudian.
Baunya
pula mampu menghalau lalat putih, jadi ia sesuai ditanam bersama cili. Sejak tanam basil di halaman rumah, cili yang
saya tanam tidak lagi diserang lalat putih.
Gambar
menunjukkan semaian selasih. Jika
tinggal berdekatan, rakan-rakan boleh dapatkan semaian basil serta lain-lain
semaian. Saya tidak kirim semaian melalui
pos kerana bimbang ia akan rosak dalam perjalanan.
Oh
ya, set basil masih ada stok. Ia mengandungi 15 pek bnih daripada 5 jenis
basil. Benih tahan lama. jika simpan di tempat
kering, tahan sehingga 8 tahun. Untuk
pesan set basil, boleh emel atau sms 0175009364.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan