Halaman

Cari Blog Ini

Sabtu, 17 Ogos 2013

Tanamsendiri Bayam (Amaranthus) Dalam Bekas

Bayam berkhasiat, mudah ditanam dan tidak cerewet penjagaannya.


Bayam kaya dengan khasiat, dan jika ditanamsendiri dan dipetik muda dan segar enak juga dimakan sebagai salad atau ulam.  Bayam tahan panas serta tidak cerewet. Bayam amat sesuai ditanam dalam bekas dan gemarkan cahaya yang banyak. Ia boleh diletakkan di tempat terang atau terlindung sedikit.  Bayam boleh disemai terus tanpa dialih. Anda boleh tanam dalam pasu, kotak styrofoam, kotak kayu, botol minyak masak yang besar yang dikerat atau tin minyak masak.

1. Tebuk hagaian bawah bekas supaya air tidak bertakung.

2. Isikan bekas dengan tanah atas, pasir dan baja tinja ayam yang telah diproses.

3. Siram dan biarkan selama 1 hingga 2 minggu supaya baja tinja ayam reput sedikit.

4. Gaul 1 pek benih bayam yang diperoleh daripada blog tanamsendiri dengan segumpal tanah ringan atau humus untuk menjarangkan benih dan tabur dalam bekas.

5. Sembur dengan air menggunakan penyembur atau botol plastik yang ditebuk tudungnya untuk melembapkan benih dan letakkan di tempat terang.

6. Tutup permukaan tanah dengan plastik untuk pastikan tanah sentiasa lembap.

7. Bila benih bercambah, iaitu kira-kira 1 minggu selepas disemai, buka plastik.

8. Letakkan bekas di tempat cerah dan siram dengan air yang sederhana kuantitinya.

9. Apabila cambahan tumbuh dalam 3 cm, gunting cambahan yang lemah untuk menjarangkan tanaman kira-kira 3 cm antara cambahan.

10. Selepas seminggu guntingkan lagi cambahan yang lemah untuk menjarangkan kira kira 8 cm antara pokok.

11. Bila pokok tumbuh setinggi 15 cm, gunting tunas utama supaya tumbuh tunas sisi.  Ini untuk memastikan pokok yang dihasilkan rimbun.

12. Tuai daun secara kerat dan tumbuh lagi.  Pastikan pokok tidak berbunga kerana jika pokok berbunga, daun yang dihasilkan kecil dan rasanya terlalu kuat dan kurang enak untuk dijadikan salad atau ulam.

Fakta Tentang Bayam Amaranthus
Semai sedalam 3 – 6 cm
Suhu tanah ketika semaian, 21 hingga 30 darjah C.
Jangka masa cambahan, 8 hingga 10 hari.
Julat pH tanah, 6.0 – 7.0
Air, sederhana
Baja, sederhana
Cahaya, penuh

Baka yang digemari, bayam putih daun bulat, bayam special, bayam hijau daun tajam, bayam merah autumn, bayam merah perfect red

5 ulasan:

  1. encik is, bayam sy tnm slps bcambah dan hidup dlm masa 3hari lps tu 1 per 1 anak bayam berusia seminggu mati dlm keadaan lecuh..sbb apa ye en is..harap en is dpt mmbantu sy..
    P/S: medium sy guna Tanah biasa + tinja ayam dan lampisan atas Tanah kompos..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itu tanda cambahan telah terkena penyakit reput batang atau dalam bahasa inggeris disebut damping off. Ia adalah penyakit serangan kulit dan menjadi pembunuh utama cambahan.
      Untuk kurangkan risiko serangan, letakkan bekas semaian di tempat yang kena cahaya matahari dengan aliran udara yang tidak terhalang.

      Padam
    2. ok2..info yg bgus..blajar dri kegagalan..rendam biji benih racun kulat sblm tanam dpt mngurangkan penyakit reput batang tak?
      sy cuba semai sekali lagi, mungkin medium terlalu lembam..terima kasih en is..

      Padam
  2. Plastik hitam atau plastik yg lut cahaya untuk tutup semaian sementara utk tunggu cambahan?

    BalasPadam
  3. Plastik hitam atau plastik yg lut cahaya yg boleh digunakan utk tutup semaian sementara menunggu cambahan?

    BalasPadam