Isnin, 5 Ogos 2013

Benih Kongsi Ogos -- Perfect Red Amaranthus

Sempena bulan Syawal, saya akan kongsikan benih Perfect Red Amaranthus.  Bila disemai, bayam jenis ini akan tumbuh dengan daun dan batang berwarna merah pekat.  Pasti menceriakan laman rumah.  Bayam ini boleh dimasak  seperti biasa dan boleh juga dijadikan pewarna asli.

Untuk dapatkan benih kongsi, emelkan nama serta alamat ke [email protected]  Letakkan tajuk emel "Benih Kongsi Ogos".  Benih kongsi diedarkan secara percuma.  Tiada bayaran dikenakan.

Jika anda ada membuat pesanan benih, benih kongsi akan dikirim bersama, jadi tidak perlu buat mohon benih kongsi.
 

1 ulasan:

  1. baru tadi siang saya bersihkan kebun ada beberapa anak bayam tumbuh. musim2 macam ni rasanya sesuai kut tanam bayam. saya minat untuk benih ni. saya emel tuan ya serta benih2 baru :)

    BalasPadam