1. Lakukan aktiviti sebelah petang untuk elak panas tengahari di waktu tengahari. Sementara itu simpan keratan dalam plastik sanwic dan letakkan peti sejuk tapi bukan ruang beku.
2. Isi tanah ke dalam bekas semaian. Lembapkan tanah semaian atau topsoil. Jika terlalu banyak tanah liat, campurkan sedikit pasir. Jangan biarkan air bertakung.
3. Siat atau gunting buang semua daun kira-kira 1 inci dari pangkal. (Lihat Ilustrasi 1).
![]() |
Ilustrasi 1: Keratan rosemary. |
4. Dengan menggunakan kayu atau belakang pensel, buat cucuk tanah untuk membuat lubang kira-kira 4 cm (1.5 inci). (Lihat Ilustrasi 2)
![]() |
Ilustrasi 2: Buat lubang tanpa memampatkan tanah. |
5. Masukkan (tanam) keratan dan kambus lubang dengan tanah yang ringan. (Lihat Ilustrasi 3)
![]() |
Ilustrasi 3: Tanam keratan rosemary. |
6. Biarkan bekas semaian di tempat redup tetapi ada angin (udara bebas bebas mengalir untuk elakkan keratan dijangkiti kulat. Tidak perlu siram. Semburkan air hanya jika tanah terlalu kering.
7. Selepas seminggu letakkan di tempat yang kena cahaya matahari secara terus (terang) selama 2 atau 3 jam sehari untuk kukuhkan semaian. (Lihat Ilustrasi 4)
![]() |
Ilustrasi 4: Anak pokok rosemary yang telah dikukuhkan. |
8. Bila pokok dah kukuh, (2 minggu kemudian) letak di tempat yang kena cahaya matahari pagi (direct sunlight). Kurangkan siraman air.
9. Alih ke dalam pasu yang lebih besar bila akar memenuhi bekas semaian, biasanya 2 minggu kemudian. Gunakan tanah topsoil yang dicampur dengan pasir dan baja organik (pellet tinja ayam atau kambing).
10. Letak di tempat yang tidak terlindung yang memdapat cahaya sepenuhnya. Siram dengan air yang sedikit setiap 2 hari. 11. Apabila pokok dah rimbun, alih ke tanah atau ke dalam pasu yang besar. (Lihat Ilustrasi 5) Dari pengalaman saya, pokok rosemary akan mengeluarkan bunga selepas 6 bulan dialih ke tanah. Bunganya yang berwarna ungu cerah sangat cantik.
Ilustrasi 5: Pokok rosemary yang dialih ke tanah. |
Rosemary berasal dari Mediterranean yang musim panasnya kering dan musim dinginnya basah. Jadi rosemary tahan kering. jangan siram terlalu banyak. Pokok akan mati jika terlebih air. Gunakan tanah yang mampu menyimpn sedikit air tetapi tidak menakung air.
Jika ketika menyemai, daun menjadi hitam, ini tanda serangan kulat. Jauhkan dari semaian yang lain untuk elakkan jangkitan. Bakar untuk elakkan jangkitan. Jika ingin selamatkan pokok tersebut, cuba dengan sapu serbuk sulfur.
---------------
Apa? Semai rosemary guna keratan.
Keratan bagaimana yang boleh diguna? Keratan dengan batang lembut.
Mana nak dapat? Boleh dapat dari blog ini.
Harga? Satu set yang mengandungi 5 keratan, RM10. Perlu poslaju, tambah RM10 untuk kendalian. Jadi, 1 set, RM20. Dua set, RM30.
Cara beli? Klik pautan "Cara Memesan Benih" pada panel kanan blog. Atau SMS 0175009364.
-----------------------------------------------------------------
Sebarang pertanyaan sila hubungi/sms Iskandar di 0175009364 atau email [email protected] atau [email protected]
ada lg ke?
BalasPadamYa, saya sediakan banyak set.
Padamooo yeke..patut la pokok rosemary saya daun dia jadi kering sebab de kulat la ek. Saya ingatkan kurang air dan kurang dapat cahaya..
BalasPadamowhhh...kena letak tpt teduh seminggu je...lepas tu alih tpt panas ye...ok... TQ en.Is...
BalasPadamcambahan rosemary saya daripada 6 hanya 3 yg berjaya... mungkin sbb saya tak letak tpt panas la kot...
*apa pun saya jeles tengok patch sayur + bunga En.Is... bila la patch sy nak siap agaknya... :)
baru tau rosemarry ni ada bunga
BalasPadamBunga rosemary cantik.
PadamKeratan2 rosemary,sweet basil & pokok ubt nyamuk saya dh jd hitam :'( dh nk mati la tu..pdhal baru dpt 2 hari lps.smpnkn saya lg 1set setiap satu..in case all cannot make it.bila baca entri en. Is kat ats tu,masya Allah bnyknya mistake saya dah buat..
BalasPadamBila mahir nanti semua akan menjadi, insyaAllah.
Padamnak tau, boleh tanam atas Tanah berpasir tak? tq!
BalasPadamBoleh.
Padampatutla pokok mati.. terlbh siraman rasanya. banyak tips yang saya blajar. tq :-)
BalasPadamSama-sama. :)
Padamterlebih siram, patutlah pokok saya start melayu dan daunnya melengkung ke bawah. ada possibility untuk kembali segar tak encik?
BalasPadamberapa kerap kita perlu siram ye encik? thanks encik. ^_^
Jika musim kering, 2 atau 3 hari sekali. Jika musim hujan, tak perlu siram.
PadamPokok saya pun dah gugur daun. Rupanya terlebih siram. Saya pun nk oder lg 2 pokok.
BalasPadamOk, stok masih ada.
PadamBoleh saya tau?
BalasPadamAda jaminan tak semasa penghataran melalui pos laju?
Sebab nak order nanti melalui pos laju takut delay lama, adakah keratan rosemary ni akan makin layu semasa penghantaran?
Masih menjual lagi ke? kalu ada saya nak order.
BalasPadamTq.
Masih
PadamAda jual tumbuhan herba lain? Sage, oregano, thyme, parsley? Tq
BalasPadamAda jual tumbuhan herba lain? Sage, oregano, thyme, parsley? Tq
BalasPadamAda jual tumbuhan herba lain? Sage, oregano, thyme, parsley? Tq
BalasPadamKalau pokok dh mula layu (mungkin terlebih air) ada cara utk selamatkan pokok tu?
BalasPadamKalau pokok dh mula layu (mungkin terlebih air) ada cara utk selamatkan pokok tu?
BalasPadamAssalamualaikum. Encik masih menjual lagi ke keratan rosemary ni?
BalasPadamHerba lain oregano dan lain2 ada tak
BalasPadam