Halaman

Cari Blog Ini

Isnin, 3 Jun 2013

Mengalih Semaian

Bila alih semaian, kadang-kadang pokok menjadi layu dan ada yang mati.  Ini kerana pokok dikatakan mengalami kejutan atau shock.  Biasanya ketika mengalih, ada akar yang terputus atau cedera.  Ini menyebabkan pokok gagal menyerap air secukupnya.
Bila air tidak cukup, pokok akan tutup liang-liang stoma pada daun untuk mengurangkan transpirasi.  Bila liang stoma ditutup aktiviti dalaman pokok juga terhenti atau terbantut sehingga sistem akar mantap.  Bila kadar transpirasi kurang, kadar serapan air juga kurang.  Ini menyebabkan pokok kelihatan layu.
Jika lebih dari separuh akar rosak atau terputus, pokok sukar untuk dipulihkan atau memakan masa yang lebih lama.  Jika keadaan sekeliling terlalu kering atau panas, mungkin pokok akan mati.
Untuk kurangkan kejutan pada semaian yang dialih, elak mengalih di waktu pagi kerana di waktu tengahari, pokok akan kehilangan terlalu banyak air sedangkan akar masih belum sempat dipulihkan.  Lakukan aktiviti mengalih semaian di waktu petang.  Di waktu malam, kadar kehilangan air adalah pada tahap minima.  Pokok mampu bertahan dan pertumbuhan dapat ditumpukan pada membina sistem akar yang lebih kukuh.

Kalau macamni, mengapa alih semaian?
Mengalih semaian ada banyak manfaatnya.
Pokok macamana sesuai dialih, atau dapat memanfaatkan aktiviti mengalih?
Ya, ada petua untuk mengenal pokok yang memanfaatkan proses mengalih.
Untuk maklumat lanjut, dapatkan buku ebook "Berbaloikah Alih Semaian?"  Harga salinan, hanya RM10 untuk seorang pembaca.

5 ulasan:

  1. Salam saudara Iskandar
    Saya ada tanam benih petola dalam beg polisterin kecil lebih kurang sebulan lepas. Skrg ni daun dh mula menjalar & saya dh buat para utk daun menjalar. Perlu ke saya alih semaian tu ke beg polisterin yg lebih besar? Utk pengetahuan saudara, saya guna beg saiz 10"x12" (400gm).

    BalasPadam
    Balasan
    1. Untuk petola, tak perlu. Buma gali bubang kira-kira 6 inci, dan buang bahagian pangkal beg plastik. Tanam beg plastik dalam lubang tersebut kira-kira 4 inci. Ini untuk memberi ruang akar pokok menjalar lebih jauh untuk dapatkan nutrien yang diperlukan.

      Padam
  2. Terima kasih atas jawapan saudara. Semoga ramai lagi yg akan dpt manfaat drp blog saudara ni.

    BalasPadam
  3. Saya ada masalah.. tiap kali menyemai bayam... baru 2 daun.. pokok menngulai layu.. saya semai menggunakan peatmoss.. siram 2 kali sehari.. kawasan semaian redup..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kemungkin cambahan terkena penyakit reput batang. Pastikan tanah tidak basah. Letak tempat udara bebas mengalir.

      Padam