Rabu, 12 Jun 2013

Cili Padi

Dulu, sebelum berjinak dengan berkebun di rumah, ingatkan cili padi hanya cili padi. Rupa-rupanya ada banyak jenis cili padi.  Ada berbagai warna.  Ada yang wangi bila digoreng, ada yang membuatkan bersin tak henti henti.
Dulu ingatkan tanam cili padi, sesuai dengan benih aja. Rupa-rupanya dengan keratan pun boleh.  Dulu ingatkan benih cili padi murah.  Rupa-rupanya mahal macam bedil. :)  Dulu ingatkan cili padi asal dari negara kita sebab banyak masakan melayu dibubuh cili.  Rupa-rupanya dari Amerika Latin dan Amerika Selatan.
Hari ini nak buka pek benih baru, Cili Centil dari Taiwan.  Buah kecil, tegak, lebat, pedas, saiz 4.5x1.2 cm.  Berat dalam 3g.  Tahan serangan virus.  1 pek mengandungi 10 benih. RM2 satu pek. 

Pokok cili ni tumbuh macam bonsai, tapi buah tetap lebat. Pokok disemai dari keratan batang.

Pokok cili padi dengan buah yang belum ranum, tapi enak dimakan. Walaupun hijau, pedas.  Pokok disemai dari biji.

3 ulasan:

  1. benih cili pelangi xde lg ke tuan Is?

    BalasPadam
  2. salam tuan,
    cili tanam melalui keratan batang, cara tanamnya macam tanam keratan batang bunga ros?

    Saya pun banyak ingat2 macam tuan ingat tu hehehe..lagi teruk saya ingat benih cili tu hanya tunggu burung kongsikan, sebab saya kalau jumpa pokok cili tumbuh sendiri saya, alih dan jaga terus hidup, kalau saya semai sebutir pun tak menjadi.

    BalasPadam
  3. salam tuan is ... sy nk tanya ni mcm mana nak mgembalikan tanah itu subur atau gembur... sebab tanah dipekarangan kami ni sentiasa kena racun rumput ... rumput pun segan hidup apatah tanaman mcm diatas ... timakasih

    BalasPadam