Cari Blog Ini

Memuatkan ...

Rabu, 10 April 2013

Tanam Kobis Depan Rumah

Bila tanam kobis, satu dari sasaran kita ialah bila kobis nak membentuk "kobis" atau "jantung."  Jika tinggal kawasan yang panas seperti di negara kita, ada jenis-jenis tertentu sahaja yang akan membentuk kobis.  Benih dari jenis tersebut ada dibekalkan di dalam blog ini.  Saya sendiri tak kisah sangat sebab daun kobis yang terbuka dan segar juga enak dimakan.  Kobis ini telah dituai beberapa kali.  Saya hanya kerat beberapa helai daun dari setiap pokok dan biarkan pokok terus tumbuh seperti biasa. 

Saya perhatikan, kobis, semakin dituai daunnya, semakin cantik bentuk pokoknya.  Sayur kobis segar, enak dimasak atau dicicah sambal sebagai ulam.  Saya tanam kobis dalam kotak gabus dan dalam pasu 10 inci (26 cm).  Tanah yang diguna, tanah campur (tanah liat dan pasir) yang dibeli di nurseri digaul dengan kompos dapur.  Pokok ini tidak lagi dibaja, hanya disiram setiap pagi. 

Tak susah jaga.  Cuma semasa kecil pokok diratah belalang.  Tapi itu bukannya masalah yang besar.  Saya cuma kutip belalang yang ditemui dan musnahkan.   Jom tanam kobis. 



8 ulasan:

  1. ui cantik ni..cantik sangat.Boleh dimakan juga boleh jadi pokok hiasan, tanam banyak2 utk.hiasan di hari raya nanti..bayangkan pasu di balut elok2 dgn kain satin ikat reben besar..dalanya ada kubis berbentuk mawar, tapi boleh makan..iaialah kubis, mesti ada tetamu ternganga.

    BalasPadam
  2. Tak sangka kubis boleh ditanam di tanah rendah. Terima kasih atas info berguna ini.

    p/s: Kubis itu kelihatan enak dan rangup dibuat goreng-goreng.

    BalasPadam
  3. en iskandar...nak tanya yer..kobis ni tempoh matangnya agak2 berapa lama...selepas 3 hari disemai..bercambah..dan sekarang sy tunggu lagi seminggu untuk dialihkan...cuma tak pasti..selepas 2 ke 3 ke 4 bulan baru boleh dituai...tengokkan rupa daun kobis encik ni lebih kurang daun kailan kan?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kobis dan kailan adalah dari keluarga yang sama. Kobis dalam gambar berumur dua bulan lebih. Jika mahukan gumpalan jantung, kena tunggu 2 bulan lagi.

      Padam
    2. ooo 1 family rupanya...ok thanks for the information..ini kali kedua tanam kobis..harap2 jadi mcm en is punya..:D

      Padam