En Iskandar,
Boleh tak bincangkan jenis herba yang digunakan sebagai pewarna serta senarai herba tersebut?
---------------------
Sebenarnya saya kurang mahir dengan penggunaan herba sebagai pewarna. Bagaimanapun kita boleh mulakan topik tersebut dan berkongsi maklumat. Saya tahu ada antara rakan pengunjung yang arif tentang pewarna kerana dalam kraftangan tempatan pewarna asli digunakan sebagai pewarna. Saya pernah lihat (ketika zaman kanak-kanak dulu) pewarna asli digunakan untuk mewarnakan jalur mengkuang sebelum dianyam menjadi tikar dan tudung saji. Bunga digunakan sebagai pewarna makanan. Ada akar digunakan sebagai pewarna kulit serta kerja kayu. Ada juga serangga (kekabuh) digunakan sebagai pewarna kulit.
Bunga ungu diguna untuk buat nasi kerabu. :-)
BalasPadamYa, itu bunga telang. Benihnya ada dijual dalam blog ini.
PadamKunyit juga dugunakan sebagai pewarna makanan.
Ni kena rujuk buku terbitan MARDI. Saya pernah baca. Cuma lupa pula tajuknya. Da diceritakan kandungan kimia yang ada dalam bunga yang boleh digunakan untuk mewarna.
BalasPadamMenarik tu. Saya pun nak cari. Elok dijadikan rujukan.
Padamselain bunga telang utk pewarna kuih, sirap dan nasi, saya pernah tgk dlm rancangan masakan barat..bayam digunakan utk warna hijau, lobak digunakan utk pewarna oren, raspberi dan delima utk warna merah, saffron utk oren kemerahan, ubi bit utk merah/ungu..namun kadangkala warna semulajadi boleh berubah mengikut bahan campuran contohnya biru telang menjadi merah jambu bila dicampurkan limau (asid)..
BalasPadam