Halaman

Cari Blog Ini

Isnin, 1 April 2013

Soalan Pengunjung -- Beli Pokok Terung Yang Telah Berbuah

Salam En. Is,
Saya nak tanam terung tapi lama sangatlah ambil masa untuk berbuah.  Dah dua kali cuba tanam, semua mati kering masa kecil lagi.  Boleh tak saya beli aja pokok terung yang dah berbuah kat nurseri?  Bimbang pula takut pokok mati bila alih.

-------------------------------
Waalaikum salam,
Pokok terung adalah dari jenis sayur buah.  Ia mengambil masa yang lama untuk mendapat hasil berbanding sayur daun.  Jika merasakan sukar untuk menanam terung dari benih, elok juga kalau beli pokok yang  hampir matang.  Walaupun mahal berbanding benih, waktu menunggu pokok mendatangkan hasil lebih cepat dan lebih mudah dijaga.

Cuma, dari pengalaman saya, jika ada pilihan, pilih pokok hampir matang yang belum berbunga atau berbuah.  Elakkan pokok yang sedang berbuah.

Ini kerana, apabila pokok dialih, sebahagian daripada akar akan cedera.  Pokok perlukan nutrien yang banyak untuk membaiki (memulihkan) akar dan bahagian pokok yang rosak.  Sedangkan ketika itu akar rosak yang sistem akar belum mantap.  Jika pokok sedang berbunga atau berbuah, bunga dan buah juga perlukan banyak nutrien air dan sumber lain.  Ini menyebabkan pokok kehausan dan kelaparan.  Buah serta bunga tidak akan lekat dan pokok sendiri akan mati kehausan/kelaparan kerana sumber nutrien dan air tidak mencukupi.

Sebab itulah jika pokok yang sedang berbuah dialih selepas beberapa hari pokok akan menjadi layu dan bunga serta buah mula luruh.   Bila semua bunga dan buah luruh, pokok dapat tumpukan segala sumber untuk pulih dan apabila sistem akar mantap barulah pokok berbunga dan berbuah semula.  Itu jika anda bernasib baik.  Kadang-kadang pokok akan mati kehausan sebelum sempat pulih.

Jika pokok tiada bunga atau buah, segala sumber dan tenaga dapat digunakan untuk membina sistem akar yang mantap.  Kemudian pokok akan subur dan menghasilkan bunga dan buah yang banyak. 

2 ulasan:

  1. Konsep ini sama juga tut. Apabila tut dilakukan, didapati buah-buah pada pokok tersebut mengecil. Pegawai di sini pernah menasihati bahawa apabila tut, pastikan buah tidak berbauah agar akar tut cepat tumbuh dan batang yang ditut itu kuat.

    Perkongsian yang bagus, tuan Iskandar. (y)

    BalasPadam