Satu lagi benih yang istimewa yang sukar ditemui -- Lobak Rosy,
Raphanus sativus. Lobak ini adalah dari keluarga yang sama dengan lobak putih, cuma warnanya merah jambu. Benih yang saya semai, bercambah dalam masa 24 jam. Cambahan ini berumur 4 hari. Bila dah ada 4 helai daun, saya akan alih cambahan ini. mungkin dalam 1 hingga 2 minggu lagi. Benih ini dah lama saya nantikan. Ia cantik tapi rasanya seakan-akan lobak putih. Enak kalau digoreng bersama bawang putih, dibuat sup, dijadikan rencah mee goreng dan macam-macam lagi.
Harga benih mahal sedikit berbanding lobak putih tapi masih menguntungkan. 1 pek mengandungi 20 benih. Biasanya dalam 80% menjadi, jadi daripada 20 benih, secara kasar 16 akan berjaya dituai. Saya rancang nak tanam selang seli dengan lobak putih supaya taman rumah nampak menarik.
Benih terhad dan sukar diperolehi. Jangan tunggu lama, bimbang kehabisan.
 |
Cambahan Lobak rosy, 4 hari selepas disemai. |
saya book sepeket..
BalasPadam1 pek disimpan untuk suka suka.
Padam