Selain daripada menyimpan tuaian dalam bentuk yang segar, kita boleh awet supaya tahan lebih lama. Antara kaedah awet yang lazim ialah menggaram, jeruk dalam cuka, jemur dan simpan dalam minyak zaitun. Kaedah menggaram dan menjeruk mengubah rasa sayur. Bagaimanapun ia lazimnya digunakan jika tiada bilik sejuk atau tempat menyimpan yang sesuai.
Apabila digaramkan, air dalam sel sayur/buah keluar menyebabkan sel menjadi kering. Mikroorganisma perosak tidak akan merosakkan sel yang kering yang pekat dengan garam kerana ia tidak sesuai untuk mikroorganisma membiak.
Rakyat Malaysia jarang nak menjeruk (canning) ni. Saya lihat banyak buku 'canning' orang Puteh tulis. En. Iskandar pernah menjeruk? Mungkin boleh kongsi pengalaman bersama.
BalasPadamOrang sekarang jarang, orang dulu biasa. Jeruk mempelam jeruk cara Terengganu paling enak.
PadamMungkin sebab orang sekarang dah ada peti sejuk.
Rebung, mamam, betik separa ranum, jambu batu, dijeruk menggunakan garam dan cuka. Bila ada masa terluang saya akan buka thread untuk kaedah menjeruk, meyira (awet guna gula), dan lain-lain. ,Topik ini di luar skop topik menuai. Saya hanya sentuh sedikit sahaja, tidak secara mendalam.
sikit je ke? kasi dlm lagik la...ilmu jgn simpan sorang2...kikiki
Padam