![]() |
Blog disinidalamlingkaranini |
Satu dari posting yang menarik perhatian saya ialah yang mempamerkan gambar labu manis Venus.
Saya sendiri menanam pokok tersebut merayap di tanah. Pokok labu Venus cepat berbuah. Pokok yang saya tanam mengeluarkan putik bunga tak sampai sebulan selepas benih disemai.
Jom, singgah ke blog Puteri Purnama di http://disinidalamlingkaranini.blogspot.com
Sudah melawat. Kesian pokok labu tu kena serangan kulat. Hmmm. Kalau kena serang begitu, tuan Iskandar ada cadangan tak bagaimana nak rawat?
BalasPadamPokok yang dah kena memang tak boleh diselamatkan. Untuk pokok lain, kita boleh ambil langkah menghindar. Jika serangan kulat, membungkus tidak akan dapat membunuh spora yang dah melekat pada putih buah. Lebih elok di atur supaya buah berada pada tempat yang elok aliran udara.
PadamPokok pula disembur buffer supaya stabilkan pH persekitaran. Saya syorkan 1 sudu sodium bicarconate dilarutkan dalam 1 liter air. pH yang hampir neutral akan menghindar pertumbuhan kulat.
Che Den dalam ulasannya pada 25 April dalam posting Semburan Makhluk Perosak mengesyorkan semburan air rendaman aloe vera segar. Saranan tersebut boleh digunakan kerana tumbuhan tersebut mempunyai ciri antikulat. Rakan-rakan boleh juga guna air rendaman paku pakis.
Sudah tentu cara yang paling mudah ialah gunakan semburan antikulat, tapi saya sendiri tidak mengesyorkannya kerana kita semua ingin elakkan penggunaan racun bila berkebun di rumah.
salam tuan,
Padamair rendaman paku pakis tu, buat siram sebagai air biasa pada pokok sayur yg tak sakit boleh ke?.Terimakasih.
Boleh dibuat, tapi saya tak syorkan kerana tak semua jenis kulat jahat, ada kulat baik untuk pokok. Elok diguna bila ada tanda pokok sakit sahaja.
PadamUmpamanya begini, antibiotik digunakan untuk bunuh bakteria. Doktor tak syorkan kita memakannya jika kita sihat, sebab ada bakteria dalam sistem pencernaan kita bakteria yang memanfaatkan badan. Jika dibunuh semua bakteria, mungkin ada mikroorganisma lain yang akan membiak dalam badan. Begitu juga dengan tumbuhan.
hehehe nampak sihat pulak si venus terpampang dihalaman tuan pengedarnya.ooh labu venus ku yang cantik.Terimakasih tuan.
BalasPadamPuas hati tanam labu ni. Oh ya, saya ada terima benih labu yang baru, iaitu labu jade green, baka labu manis berkulit hijau batu jed,dan satu lagi labu manis botol, satu lagi baka butternut.
Padamsimpankan untuk saya setiap satu jenis, ada kesempatan saya buat oder bersama gel pengiat akar tu.Saya masih tak cukup masa hehehe..terimakasih tuan.Buku tu saya nak juga tapi nantilah.
PadamSaya belum sempat isi order Puteri Purnama, begitu juga order kakarocht.
Padam