Halaman

Cari Blog Ini

Jumaat, 1 Mac 2013

Soalan Rakan Tanamsendiri -- Daun Cili Bergulung

Assalamualaikum,
Apakah punca daun cili bergulung seperti ini?

Daun kacang panjang bergulung.  Gambar milik [email protected], jangan guna tanpa kebenaran bertulis.

Daun cili bergulung.  Gambar milik [email protected], jangan guna tanpa kebenaran bertulis.

12 ulasan:

  1. pengalaman saya sendiri :

    kurang air, kerana tak siram air dalam tempoh yang lama

    serangan makhluk perosak, sebb kadang2 dibawah gulungan daun ada lah si makhluk Allah ni buat sarang sambil berpiknik anak beranak :)

    akar reput

    pokok kurang kasih sayang :)

    BalasPadam
  2. mungkin juga terlalu terdedah kepada kepanasan matahari, pokok perlukan cahaya matahari pagi, kalau tghari , pokok boleh pengsan kalau panas sangat.

    BalasPadam
  3. Daun cili yg saya tanam atas tanah pun mcm ni. Daun bhgn bawah subur gemok tapi daun dipucuk semuanya kerepot. Makhluk perosak tak ada, air disiram tak pernah miss kecuali kalu hujan, baja cukup apa lagi dia nak....last last saya cantas semua tinggal batang utama saja. Tapi bila daun baru keluar masih kerepot juge...bila tgk akar ada bintil bintil kecik...mungkin serangan cacing Nematode...saya dah cuba tanam pokok bunga French Marigold tapi tak berkesan. Marigold ken serang spider mites lah pulak....last last cabut buang!

    BalasPadam
  4. assalam..

    saya ada juga alami masalah seperti gambar ke 2 di atas, baru kejap ni saya masuk wikipedia, sila klik link http://ms.wikipedia.org/wiki/Cili_padi, untuk info seterusnya.

    Apa yang saya nmpk, cili adalah salah satu tanaman yang disukai oleh red spider mites selain dari pokok ros. Saya pun sedang tercari-cari apakah penyelesaian kepada permasalahan ini. Ada yang kata racun score atau endure elok untuk mslh ni pada pokok ros, dan tadi saya ada baca di wikipedia, malathion pun boleh atasi mslh tersebut pada pokok cili. Saya rasa tak salah kot sembur racun kimia pada daun atau pokok sebelum pokok kita berbunga atau berbuah. Semmgnya kalau boleh kita tanak guna bahan kimia ke pokok terutama pokok yang boleh dimakan, tetapi kalau dah tahap yang teruk, racun kimia terpaksa jadi pilihan utama. Ini hanya pendapat peribadi saya sahaja.

    Kita tunggu komen yang pakar pulak, En. Iskandar.

    BalasPadam
  5. saya tanam ini dan daun mula berkerepot.. saya buang semua rumput yg tumbuh, top up kompos, buang daun di bawah2 nya yang mula berwarna kuning tepinya, letak kulit telur yang dihancurkan dan simpan air baja sikit, tuang air campuran molasses sambil disembur air campuran serbuk cili (sebagai penghalau serangga) ada juga perubahan sikit itupun sekejap berkerekot balik.. kalau keadaan sangat teruk mungkin saya terpaksa teruskan usaha sikit ataupun semai baru..

    BalasPadam
  6. Pernah alami juga masalah ini; tempat panas pun jadi, tempat teduh pun jadi. Rasaya sebab komposisi tanah. Selepas guna campuran 1 bhg pasir, 3 bhg tanah, 1 bhg baja kompos (tinja kambing) baru tanaman ok (sumber rujukan : blog segalanya tentang tumbuhan). Cuma masalah serangga halus2 berwarna putih yg suka duduk bwh daun pula menyerang tapi tak seteruk serangan semut bersarang di pucuk sebab pkk masih mampu berbuah walaupun pkk tak nampak betul2 subur & cantik.

    BalasPadam
  7. Eh, sama la dengan pokok cili yg sy beli Dari Maha 2012 lalu.. Sayang sgt, besar pokoknya Dan tgh berbunga.. Lepas kene pd pokok cili tu, habis pokok cili padi pulak berjangkit.. Rasa sedih sgt time tu.. Tanya en is, dia kata maybe org yg handle pokok tu adalah perokok, Dan kene serangan virus.. Ish, betul ke ni..? Last2 saya cabut pokok tu Dan tanam yang lain..

    BalasPadam
  8. Maaf...yg gambar first tu pokok kacang panjang.

    BalasPadam
  9. klu x silap sy pokok ni kekurangan zat vitamin... tp sy x pasti zat nutrien apa yg kurg...

    BalasPadam
  10. Daun bergulung macam tu memang biasa pada tanaman cili..Ianya disebabkan oleh serangan aphids/hamama. Boleh guna racun serangga yang mengandungi bahan aktif abamectin dan sembur pada pada arah bawah daun. Ulangi semburan selepas seminggu dari semburan pertama..Insyallah daun baru yang keluar kemudian nanti tak bergulung lagi...selamat mencuba..

    BalasPadam
  11. saya pernah alaminya dan puncanya dalam kes saya:

    1. serangan asphid yang teruk sehingga terpaksa cantas dan buang supaya tidak merebak. (https://www.google.com.my/search?hl=en&safe=off&rlz=1C1ASUT_enMY490MY490&q=aphid&bav=on.2,or.r_gc.r_pw.r_qf.&bvm=bv.43148975,d.bmk&biw=1920&bih=947&um=1&ie=UTF-8&tbm=isch&source=og&sa=N&tab=wi&authuser=0&ei=abUwUb30IIXWrQeo8oGoBg)

    2. balik kampung.. tidak siram pokok. lepas siram.. selang seminggu dua akan pulih kembali

    BalasPadam
  12. Perhatikan pada permukaan daun. Jika terdapat makhluk perosak, sembur dengan larutan sabun dan minyak masak. Jika tiada makhluk perosak, kemungkinan pokok terkena jangkitan virus mozek. Kerat daun yang dijangkiti dan bakar.

    BalasPadam