Saya ada membeli benih ulam raja dari tanamsendiri. saya sudah semai lebih seminggu tapi tiada menunjukkan tanda2 tumbuh. Pokok lain yg saya semai (kailan, sawi, carrot, tomato) semuanya sudah tumbuh dah sudah saya alihkan ke pot tanaman.
Cara saya semai ulam raja: saya sediakan tanah campuran tanah bakar, tanah organik dan tanah merah sedikit. then sy tanam ulam raja. ada satu biji benih saya pecahkan utk tgk sama ada cepat atau tidak pertumbuhan. Ada benih yg lain sy tidak pecahkan. Saya cuba tanam 4 benih sahaja. tapi selepas lebih seminggu benih langsung tidak tumbuh.
Adakah cara saya salah. Medium tanah sy gunakan sama utk pkok yg lain (pokok lain dah tumbuh spt yg dinyatakan di atas).
---------------------------
mungkin kalau benih dipecahkan akan rosak.
BalasPadamtolong en. is..
Kadang-kadang, boleh juga kita bantu dengan memecahkan kulit benih. Tapi perlu berhati-hati.
Padampengalaman sy tanam ulam raja...
BalasPadamA) atas tanah biasa, benih sy tabur je (lebih dr sepuluh). 2 je yg bercambah.. tu pn lambat. lebih dari seminggu. pertumbuhan sgt lambat. daun pn krg besar.
B) tanam lebih kurang cm yg dicadangkan en.is dlm pnduan tanaman ulam raja. 5 benih disemai dgn tanamnya lebih kurang 1 - 11/2 cm dr permukaan tanah. 3 benih bercambah dlm mse 2 hr je. pertumbuhan cepat, daun pn agar lebar.
Saya ada cuba tabur sahaja tapi benih gagal bercambah. Mungkin kerana kalau tabur sahaja, benih ada melalui masa kering sebelum disiram semula. Ini menyebabkan embrio dalam benih mati kering.
PadamJika ditanam, benih dapat bekalan air berterusan melalui lembapan tanah. Kita hanya perlu pastikan tanah tidak kering sebelum benih bercambah.
Saya lihat medium semaian yang digunakan tidak berapa sesuai. Lebih elok gunakan 'peat moss' berbanding tanah bakar. Ini kerana tanah bakar berasid dan tidak sesuai untuk percambahan biji benih.
BalasPadamSaya rasa isu ini pernah diutarakan sendiri oleh tuan Iskandar.
Biji benih tak disarankan pecah kerana akan memberi kesan langsung kepada struktur percambahan pokok. Masalah di sini bukanlah dormansi biji benih, tetapi masalah pH medium.
Kalau guna kompos sepenuhnya pun ok.
Ya, saya setuju. Tanah campur yang mengandngi tanah bakar boleh dguna untuk pokok yang dan kukuh, misalnya untuk mengalih pokok bunga yang dibeli telah besar.
PadamKalau untuk menyemai, ia tidak sesuai.
Tapi saya kagum sebab benih lain tetap tumbuh, kecuali ulam raja.
Ketika baru gardening dulu saya pernah beli tanah campur yang mengandungi tanah bakar. Tiada apa pun yang saya semai tumbuh.
Rasanya bhg tirus pd biji tu atas. Pernah saya semai terbalik, tak tumbuh. Lepas ubah cucuk semula baru tumbuh. Ulam raja ni sepatutnya tak byk songel tapi kalau medium tak sesuai tumbuh pun hidup segan mati tak mahu, kurus dan kerdil.
BalasPadamYa, kedudukan benih juga boleh mempengaruhi kadar pertumbuhan cambahan.
Padamsaya cucuk masuk dalam tanah je.. lebih dr seminggu baru tumbuh tunas.. akhirnya hidup jugak 3 pokok dr 12 benih yg saya tanam.. itupun sudah cukup.. sekarang tengah gemuk membesar...
BalasPadamUntuk pokok tumbuh rimbun, bila ia dah tumbuh dalam 30 cm, kerat pucuk utama. Pucuk yang dikerat boleh dibuat ulam.
Padam