TanamSendiri.com adalah blog tentang berkebun di rumah. Selain daripada maklumat, anda juga boleh dapatkan benih serta perkakas berkebun di rumah. Hubungi kami melalui emel [email protected]
Khamis, 7 Mac 2013
Soalan Pengunjung -- Tanam Dari Keratan Akar
Ada cara tak semai semula pokok daun sup dari baki akar yang biasa-biasa ada dijual kat pasar?
Biasa saya tengok orang rendam dalam gelas taruk air paip je, pastu akan tumbuh tunas tapi tak banyak, lepas sehelai dua pokok tu keluar daun mudam keseluruhan pokok tu akan jadi reput dan membusuk.
------------
Ya ada. Mungkin ada rakan-rakan ingin kongsi pengalaman mereka.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Salam...
BalasPadamsy pun ada pengalaman seperti itu...sy try...mula2 saya potong dan semai semula didalam pasu...kdg2 hidup...bila dah mula subur daun akan menjadi keras dan akan tumbuh rendang...tetapi tak tahan lama...kdg2 pokok tu akan jadi reput dan membusuk mungkin dah lama dipasar...
Nak tahu pokok daun sop ni adake benihnye ?...
Ada, boleh dapatkan benih dari blog ini. Nama lain daun sup ialah chinese celery.
PadamPokok sop ada benihnya ada tapi lebih mudah tanam dr akarnya
BalasPadamSaya pernah tanam menggunakan akar dan ada seorang rakan tani menegur memberi ingatan, pokok sup ini agak kuat menyerap air. Rasanya benar juga sbb saya guna teknik self-watering dan dlm keadaan cuaca panas, kena rajin monitor. Jika tidak mgkn air kering dan pokok terus mati.
Pokok mereput kerana bila dicelup air terlalu lama, kulat menyerang. Masalah ini dapat diselesaikan dengan mengganti air secara berkala atau gunakan air yang mngalir, misalnya gunakan pam untuk alirkan air.
BalasPadamSaya semai terus ketanah. Tanam bahagian akar ke dalam lubang sedalam 5 cm. Tak semua akan tumbuh, tapi yang tumbuh akan kekal.
Biasanya daun akan lebih berserat, tapi ini tiada masalah sebab daun sup biasanya dimasak untuk aromanya.